Bom tangan ditemui di tapak pengurusan sisa pepejal - pakdin.my

BUKIT MERTAJAM, 12 Sept (Bernama) — Pekerja di tapak pengurusan sisa pepejal di Ampang Jajar di sini gempar selepas seorang daripada mereka menjumpai bom tangan di situ semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan bahan letupan terbabit pada 1.30 tengah hari sebelum sepasukan polis terus ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

“Pemeriksaan awal polis mendapati tapak pengurusan sisa pepejal itu terletak di kawasan berbukit dan berpagar, manakala objek yang disyaki bom tangan itu dijumpai dalam keadaan berkarat serta lengkap sifatnya.

“Pihak Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang hadir membuat pemeriksaan keselamatan di lokasi seterusnya menjalankan proses pemusnahan di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Tan, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan bom tangan terbabit.

Bom tangan tersebut dimusnahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

UTAMABERITABom tangan ditemui di tapak pengurusan sisa pepejal

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium