[VIDEO] 14 terbunuh, pesawat terhempas - pakdin.my

RIO DE JANEIRO: Seramai 14 terbvnuh pada Sabtu apabila sebuah pesawat terhempas di Amazon Brazil di bandar utara Barcelos, sebuah lokasi pelancongan yang popular, kata gabenor negeri.

Dua belas penumpang dan dua anak kapal terbunuh dalam kemalangan itu, kata Gabenor Wilson Lima di laman X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

BACA jugaPESAWAT BAWA PASUKAN BOLASEPAK DARI BRAZIL TERHEMPAS: ANGKA KEMATIAN CECAH 76 ORANG

Laporan media Brazil menyatakan tiada mangsa yang terselamat dalam nahas itu.

Setakat ini, pegawai negeri belum memberikan maklumat lanjut berhubung insiden itu.

Laman berita G1 berkata pesawat itu adalah EMB-110 18 penumpang, turbo prop enjin berkembar yang dikeluarkan oleh pembuat pesawat Brazil, Embraer.

Janngan lupa subscribe

Dilaporkan, pesawat itu dalam perjalanan dari ibu negeri, Manaus, ke Barcelos, kira-kira 90 minit penerbangan.

Terletak di Rio Negro, anak sungai Amazon, ia bersempadan dengan beberapa taman negara dan kawasan perlindungan lain.

Laman berita UOL berkata penumpang adalah warga Brazil yang melakukan perjalanan ke daerah ini untuk memancing, memetik Setiausaha Keselamatan Negara Vinicius Almeida.

UTAMADUNIA 14 terbunuh, pesawat terhempas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium