Piala Malaysia: KL City selangkah ke separuh akhir - pakdin.my

Skuad Kuala Lumpur City (KL City) meraih bekalan tipis selepas merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Sri Pahang pada aksi suku akhir pertama saingan Piala Malaysia sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Kuala Lumpur, Cheras itu, skuad Warga Kota kendalian Nenad Becina dibarisi oleh pemain utama seperti Romel Morales, Paulo Josue dan Tchetche Kipre.

BACA jugaKL City, Terengganu sama liat

Sementara itu, pasukan Tok Gajah yang dibimbing oleh Fandi Ahmad pula membariskan kesebelasan utama seperti Nor Azam Azih, Sergio Aguero dan Kpah Sherman.

Pasukan pelawat terlebih dahulu menguji benteng pertahanan KL City seawal minit keenam tetapi percubaan Kpah Sherman berjaya diselamatkan Kevin Ray Mendoza.

Benteng Sri Pahang juga dilihat tampil cemerlang apabila tuan rumah meraih dua percubaan menarik menerusi Josue dan Zhafri Yahya tetapi gagal menembus gawang gol.

Bersambung pada babak kedua, penantian KL City akhirnya membuahkan hasil apabila Josue dikasari pertahanan Tok Gajah, Syazwan Andik sekali gus dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan.

Situasi tersebut digunakan sebaiknya oleh Morales untuk meledak gol tunggal perlawanan selepas bijak mengelirukan penjaga gol lawan, Izham Tarmizi pada minit ke-72.

Nasib tuan rumah agak malang apabila diarahkan beraksi dengan 10 pemain selepas Kenny Pallraj dilayangkan kad merah tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Aksi suku akhir kedua melibatkan Sri Pahang menentang KL City akan berlangsung pada 24 September ini di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

UTAMASUKANPiala Malaysia: KL City selangkah ke separuh akhir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium