Polis siasat laporan kamera kecil tersembunyi dalam inap desa - pakdin.my

KOTA KINABALU  – Satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat laporan pasangan warga China yang menemukan kamera kecil tersembunyi dalam soket di sebuah bilik inap desa di sini yang kini tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah memaklumkan pihaknya menjalankan siasatan kes tersebut berdasarkan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Ia setelah pihaknya menerima laporan polis daripada pasangan tersebut pada 5.27 petang, 7 September lepas.

“Siasatan awal di tempat kejadian telah dijalankan dan rampasan ke atas barang kes telah dibuat, usaha untuk mengenal pasti suspek sedang dilakukan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak polis menafikan telah meminta pengadu untuk memadamkan hantaran yang telah dibuat pengadu di platform medianya.

Katanya orang ramai atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang kes tersebut boleh menyalurkannya kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu DSP Khairul Shah Peri menerusi nombor telefon 011-26691994

UTAMABERITAAMPolis siasat laporan kamera kecil tersembunyi dalam inap desa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium