Hadith: Rasulullah SAW Contoh Akhlak Terbaik - pakdin.my

Rasulullah SAW Contoh Akhlak Terbaik

حَدَّثَنِي أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْجَدَلِيُّ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ كَيْفَ كَانَ خُلُقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَهْلِهِ قَالَتْ كَانَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا لَمْ يَكُنْ فَاحِشًا وَلَا مُتَفَحِّشًا وَلَا سَخَّابًا بِالْأَسْوَاقِ وَلَا يُجْزِئُ بِالسَّيِّئَةِ مِثْلَهَا وَلَكِنْ يَعْفُو وَيَصْفَحُ

Telah menceritakan kepadaku Abu Abdullah Al Jadali dia berkata; Saya bertanya kepada Aisyah; “Bagaimanakah akhlak Rasulullah SAW terhadap keluarganya.” Aisyah berkata; “Baginda adalah orang yang paling baik akhlaknya, tidak pernah berbuat keji, tidak bercakap dengan kata-kata yang kotor, tidak berteriak-teriak di pasar, dan tidak pernah membalas dengan kejahatan yang sama (yang diperlakukan kepadanya), akan tetapi baginda seorang yang pemaaf dan pengampun.” (HR Ahmad No: 24797) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

  • Rasulullah SAW adalah orang yang paling baik akhlak terhadap keluarga dan orang lain.
  • Rasulullah SAW tidak pernah melakukan perbuatan keji seperti perbuatan syirik.
  • Rasulullah SAW tidak bercakap dengan kata-kata yang kotor serta tidak terjerit-jerit di pasar (shoping kompleks).
  • Antara akhlak terpuji Rasulullah SAW ialah tidak pernah membalas dengan kejahatan yang sama (yang diperlakukan kepadanya).
  • Rasulullah SAW adalah seorang yang pemaaf kepada orang lain.

Bersifat RAHMAH dengan mencontohi akhlak Rasulullah SAW.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAHadith: Rasulullah SAW Contoh Akhlak Terbaik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium