UtamaPOLITIKTangguh Haji: Mantan Sheikh...

Tangguh Haji: Mantan Sheikh Al-Azhar Sindir Nik Aziz Sesat? - pakdin.my

RAKAN penulis yang hadir mengikuti Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) memaklumkan kepada penulis berita yang agak mengejutkan – Mantan Sheikh Al Azhar menyifatkan mereka yang berpendirian bahawa haji boleh ditangguhkan untuk tujuan berkaitan dengan pilihanraya adalah sesat.

Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, selaku pembentang kertas kerja pertama membuat dakwaan itu ketika menjawab soalan bertulis daripada seorang peserta seminar tersebut.

Menurut Sheikh Mahmoud, beberapa ribu orang rakyat Malaysia yang mengerjakan ibadah haji tidak akan menjejaskan proses pengundian di negara ini dan tidak patutlah ibadah yang tergolong dalam perkara fardhu itu ditangguhkan hanya untuk membolehkan mereka mengundi!!

Walaupun tidak dituju kepada sesiapa tapi rakyat negara ini keseluruhannya sudah tentu tahu bahawa satu-satunya pihak yang menganjurkan kepada jentera partinya untuk menangguhkan ibadah haji pada tahun ini ialah parti PAS sahaja.

Itu menjadikan pandangan dan pendapat mantan Sheikh Al-Azhar ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang setakat ini diketahui menyokong pandangan Ketua Penerangan parti tersebut Tuan Ibrahim Tuan Man, seperti Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Nik Amar dan Mursyidul Am PAS sendiri, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Amat malang bila ketokohan dan ketinggian ulama tertinggi Al-Azhar ini dicemar oleh pandangan berunsurkan politik sedemikian.  Penulis tidak 100% menyalahkan Sheikh Mahmod Abdel Ghany kerana dia mungkin tidak sedar tentang tujuan soalan tersebut dibangkitkan dan sensitiviti yang terhasil darinya – dibaca dari konteks politik negara ini.

Tanpa ada pandangan kedua dari pihak berkepentingan, sudah tentu pendapat tersebut diterima pakai seperti mana yang disebutkan Sheikh Abdel Ghany.

Sebab itu semalam penulis mempersoalkan kenapa ilmuan tempatan (tokoh politik dalam masa yang sama) tidak dijemput untuk menghadiri seminar tersebut.  Dengan kehadiran mereka, rakyat akan lebih jelas akan sebab dan musabab kenapa soal menangguhkan ibadah haji itu bukan satu kesalahan dari segi agama.

Tapi untuk melepaskan dia begitu sahaja pun tidak betul juga.  Alim ulama sepertinya perlu mendapatkan pandangan pelbagai pihak dalam negara terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk menjawab soalan sedemikian.

Lagipun, bukankah pandangan boleh menangguhkan haji ini adalah persetujuan bersama semua ahli Fiqh seperti yang disebutkan Nik Aziz sebelum ini?  Mufti Pahang sendiri telah mengeluarkan fatwa bahawa mengundi adalah wajib.  Siapa pula Sheikh Mahmoud Abdel Ghany untuk menyanggah pendapat tersebut?

Berita berkairan:

Nik Aziz setuju penyokong Pas tangguh haji »

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...