🎦 Jangan biar pinggan kotor dalam singki, elak sihir - pakdin.my

Orang ramai diingatkan supaya tidak membiarkan pinggan mangkuk yang kotor berlonggok di dalam singki sebelum tidur.

Menurut penceramah bebas, Ustaz Ariffin Ayob dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, perkara itu ialah untuk mengelak berlakunya gangguan di dalam rumah.

“Jika tidak berkesempatan untuk basuh pada waktu malam, pastikan sisa makanan dibuang dan tidak dibiarkan di dalam singki.

“Selepas buang, lingkupkan pinggan mangkuk tersebut jangan dibiarkan ternganga bagi mengelak punca-punca sihir yang berlaku di dalam rumah melalui bekas pinggan mangkuk yang kita gunakan untuk makan,” katanya.

Selain itu, Ustaz Ariffin juga mengingatkan orang ramai supaya pakaian yang dijemur di luar rumah perlulah dibawa masuk ke dalam sebelum waktu maghrib.

“Jangan biarkan baju terkena hujan, embun. Mudah terkena penyakit.

“Sesibuk macam manapun, pastikan semua pakaian dibawa masuk ke dalam rumah dan tidak dibiarkan kemudian esok baru ambil,” katanya.

Menurut Ustaz Ariffin perkara itu pernah berlaku di mana seorang wanita datang menemuinya untuk tujuan berubat selepas ketiga-tiga anak daranya seperti sukar mendapatkan jodoh.

Katanya, ia berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kehilangan pakaian dalam anak-anak perempuan wanita tersebut yang hilang ketika dibiarkan di luar rumah pada waktu malam.

BACA juga: https://pakdin.my/tag/sihir/

@mrzahidzulkafli Ganguan Dalam Rumah,dan Susah Untuk Dapat Jodoh #ustazariffinayob #ustazariffinayub #mrzahidzulkafli #petua #amalan #iblis #syaitan #jin #mistik #fypage #fypシ゚viral #fyp #sihir #foryou ♬ آهات – zouhir silini

UTAMAGAYA HIDUPAGAMA🎦 Jangan biar pinggan kotor dalam singki, elak sihir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium