Monday, February 26, 2024

Wartawan wanita Radio Al-Aqsa mangsa korban serangan Israel- pakdin.my

GAZA, 26 Oktober -Wartawan wanita Radio Al-Aqsa dilaporkan terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis Israel yang menyasarkan rumahnya di al-Zawiya.

Menurut portal Al Jazeera memetik laporan agensi berita Palestin (WAFA) berkata mangsa dikenali sebagai Doaa Ashraf.

Bagaimanapun butiran mengenai identiti dan umur wartawan tersebut masih belum diketahui.

WAFA memetik saksi sebagai berkata bahawa pesawat perang Israel menyerang bertubi-tubi kediaman Sharaf yang terletak di kawasan Zawaida, selatan kem pelarian Nuseirat.

Sementara itu, REUTERS melaporkan Doaa Ashraf mempunyai kaitan dengan Hamas.

Bagaimanapun, tentera Israel tidak mempunyai komen mengenai kejadian itu.

UtamaDUNIAWartawan wanita Radio Al-Aqsa mangsa korban serangan Israel

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR