back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

    Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 yang diadakan di lstana Negara, hari ini bersetuju mengisytiharkan Sultan Johor Darul Ta’zim, Sultan lbrahim Sultan Iskandar menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh 31 Januari 2024.

    Menerusi satu kenyataan, Penyimpan Mohor Besar Raja Raja, Tan Sri Syed Danial memaklumkan Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan bahawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama tempoh lima tahun mulai dari tarikh sama.

    Beliau berkata, mesyuarat yang berlangsung hari ini, telah dipengerusikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan dihadiri semua raja-raja kecuali Raja Perlis dan Sultan Kelantan.

    “Menurut peruntukan Paragraf 3, Bahagian Pertama, Jadual Ketiga Perlembagaan, keputusan Majlis Raja-Raja ini telah dikemukakan kepada kedua-dua Dewan Parlimen. Perdana Menteri juga telah dimaklumkan,”menurut kenyataan tersebut.

    Pemilihan itu diadakan susulan tempoh lima tahun penggal pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, bakal tamat pada 30 Januari tahun depan.

    Al-Sultan Abdullah melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019 setelah dipilih pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Januari tahun sama.

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Send this to a friend