Cip kasino di Genting Highland bernilai lebih RM4.6 juta dicuri - pakdin.my

Polis Bentong hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian sebuah bilik kasino di Genting Highlands, Bentong dipecah masuk dan cip kasino bernilai lebih RM4.6 juta telah dicuri.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan berkenaan daripada pihak pengurusan keselamatan kasino terbabit sekitar 6.30 petang pada 28 Oktober.

BACA juga: [VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands – Bomba

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong masih meneruskan siasatan dan mengesan suspek terlibat,” katanya.

Zaiham berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan,”katanya.

UTAMABERITACip kasino di Genting Highland bernilai lebih RM4.6 juta dicuri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium