🎦 Syed Saddiq kena jel 7 tahun, 2 sebatan dan denda RM10 juta - pakdin.my

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun, dua kali sebatan serta didenda RM10 juta selepas didapati bersalah terhadap empat tuduhan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana ARMADA BERSATU.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid mengenakan hukuman itu selepas mendengar hujahan mitigasi peguam bela Haijan Omar dan Gobind Singh Deo bagi diringankan hukuman dan hujahan pemberatan hukuman oleh pihak pendakwaan.

BACA juga: Pengeluaran wang RM1 juta atas arahan Syed Saddiq tak ikut prosedur

Bagi kesalahan bersubahat pecah amanah wang ARMADA berjumlah RM1 juta, Azhar memerintahkan Syed Saddiq dipenjara tiga tahun dan satu sebatan manakala bagi tuduhan salah guna wang RM120,000 pula, beliau diperintahkan dihukum penjara dua tahun dan juga satu sebatan.

Bagi satu tuduhan pertama pengubahan wang haram pula, Syed Saddiq diperintahkan menjalani hukuman penjara lima tahun dan denda RM5 juta dan tambahan dua tahun penjara jika gagal bayar denda.

Sementara itu, bagi tuduhan kedua pengubahan wang haram, dia perlu menjalani hukuman penjara selama dua tahun dan didenda RM5 juta serta tambahan dua tahun penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Azhar bagaimanapun memerintahkan supaya kedua-dua hukuman penjara bagi kesalahan pengubahan wang haram terbabit, supaya berjalan secara serentak.

Beliau turut membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan hukuman penjara dan denda serta sebatan sementara rayuan dikemukakan di Mahkamah Rayuan dan mengarahkan syarat jaminan dikekalkan.

Syarat jaminan yang dikenakan terhadap Syed Saddiq sebelum ini ialah dia dikenakan wang jaminan sebanyak RM330,000 bagi semua pertuduhan dan dikehendaki menyerahkan pasport sehingga kes selesai serta melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran, sebulan sekali.

BACA juga: Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq menyesal, akur dan muhasabah diri dengan keputusan mahkamah

Terdahulu, peguam Syed Saddiq dalam hujahan bagi diringankan hukuman berkata, bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu menyesal, akur dan muhasabah diri dengan keputusan Mahkamah Tinggi mendapatinya bersalah empat tuduhan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana ARMADA BERSATU.

Peguam bela Haijan Omar memohon supaya anak guamnya itu dikenakan hukuman ringan dalam bentuk penjara atau denda sahaja.

Haijan berkata, Syed Saddiq yang belum berkahwin adalah anak bongsu empat beradik dan perlu juga menjaga ibu dan bapanya, masing-masing berusia 66 dan 62 tahun yang juga pesara kerajaan.

Ibu-bapanya turut hadir mahkamah hari ini, di mana bapanya baru sahaja menjalani pembedahan katarak mata manakala ibunya menghidap kanser payudara.

Peguam itu berkata, mahkamah juga perlu menimbangkan jasa anak guamnya yang sebelum ini Menteri Belia dan Sukan sejak 2018 hingga 2020.

“Ketika beliau dilantik menjadi menteri, beliau dikenali di persada antarabangsa sebagai seorang menteri yang paling muda di Asia.

“Ketika berkhidmat, beliau diberi tugas mengetuai pindaan perlembagaan bersejarah di negara iaitu Undi18, yang membuka jalan kepada lebih tiga juta pemuda dan pemudi untuk mengundi bermula Pilihan Raya Umum ke-15.

“Antara sumbangan penting beliau ialah menaikkan elaun ‘internship’ dari RM300 ke RM900 selain melonjak nama Malaysia dalam bidang e-Sport.” katanya.

Haijan berkata, sebagai Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq juga melancarkan beberapa usaha untuk mendapatkan dana bagi menyumbang komputer riba dan tablet kepada beribu-ribu pelajar tidak berkemampuan di kawasan parlimennya.

Seorang lagi peguam bela Syed Saddiq, Gobind Singh Deo dalam hujahannya, memohon mahkamah menimbangkan faktor mitigasi di mana semua pihak menerima bahawa Syed Saddiq tidak menggunakan duit untuk tujuan peribadi.

Gobind berkata, bukti menunjukkan wang itu digunakan untuk membantu orang ramai ketika pandemik COVID-19 dan tujuan kebajikan lain.

“Kami juga memohon mahkamah menimbangkan pembelaan tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman,” katanya.

Pendakwaan doa Syed Saddiq jadi lebih baik selepas jalani hukuman

Sementara itu, pendakwaan memohon hakim Mahkamah Tinggi mengambil kira faktor kepentingan awam sebelum menjatuhkan hukuman ke atas bekas Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang didapati bersalah terhadap empat tuduhan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana ARMADA BERSATU.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika mengemukakan hujahan pemberatan hukuman terhadap Syed Saddiq, berkata ia adalah kerana banyak kes membabitkan ahli politik yang didakwa di mahkamah dan masyarakat mahukan hukuman berbentuk deterrent (pencegahan) dijatuhkan kepada pesalah.

“Dalam kes ini, ahli politik diberi amanah tetapi mengkhianatinya. Tidak kira sama ada seseorang itu berumur 30 tahun atau 50 tahun, jika diberi amanah jangan khianatinya.

“Oleh itu, mahkamah perlu memberi hukuman berbentuk pencegahan supaya ahli parlimen lain yang ingin melakukan kesalahan sama akan berfikir dua tiga kali.

“Tertuduh juga tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan wang yang ada dalam akaun. Saya berdoa apabila tertuduh menjalani hukuman penjara itu, beliau akan menjadi seorang anak yang baik, ahli parlimen yang baik dan masyarakat yang baik. Beliau masih muda dan boleh berubah,” katanya.

Pendakwaan minta jel hingga 4 tahun setiap pertuduhan

Terdahulu, Wan Shaharuddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara setahun hingga empat tahun bagi setiap pertuduhan selain memohon hukuman berjalan secara berasingan.

Bagi kesalahan bersubahat melakukan pecah amanah, pendakwaan pula mencadangkan Syed Saddiq didenda RM2 juta dan tiga hingga lima sebatan, bagi kesalahan salah guna harta, denda maksimum RM500,000 dengan lima sebatan manakala dua kesalahan pengubahan wang haram, masing-masing didenda RM2 juta.

Janngan lupa subscribe

UTAMABERITA🎦 Syed Saddiq kena jel 7 tahun, 2 sebatan dan denda RM10...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium