MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

🎦 ICQS Rantau Panjang sesak kerana ‘fenomena Hatyai’

RANTAU PANJANG: Pintu sempadan Malaysia – Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini, sesak dengan ribuan pelancong dari dalam negara mahu bercuti di Hatyai, Thailand.

Tinjauan ke lokasi hari ini, mendapati orang ramai mula berkumpul seawal 5.30 pagi, menunggu pagar sempadan yang dibuka pihak berkuasa, 7 pagi, selain berlaku kesesakan kenderaan sejauh lebih satu kilometer (km).

BACA juga: Lelaki Cuba Letupkan Kompleks ICQS Rantau Panjang Ditahan

Seorang pelancong, Fatin Nabila Sabri, 31, berkata, dia bersama 11 rakan lain menaiki van dari Kuantan, Pahang, untuk melancong ke Thailand dan sampai 3 pagi, di sini, sebelum beratur untuk memasuki pintu sempadan.

“Kami sudah sedia maklum bahawa akan berlaku kesesakan untuk proses pengesahan pas sempadan atau pasport selepas melihat situasi ini mula tular di media sosial. Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat kami untuk bercuti ke Hatyai.

“Sekitar 6.30 pagi, saya dapat melihat orang ramai dari pelbagai negeri berpusu-pusu sampai untuk memasuki Thailand, dan kebanyakan yang saya temui adalah mereka yang mahu melancong ke lokasi sama iaitu Hatyai.

BACA juga: Kebakaran hotel di Songkhla: 3 rakyat Malaysia masih terima rawatan

“Alhamdulillah, dengan adanya anggota keselamatan seperti pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kami berasa selamat dan urusan di pintu masuk berjalan lancar,” katanya ketika ditemui di ICQS Rantau Panjang, di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi Rosni Ibrahim, 44, dia dan keluarga mengambil keputusan ke Hatyai hari ini kerana sudah menyangkakan kesesakan hanya berlaku pada semalam, namun tidak menyangka hari ini tidak kurang ramainya.

“Saya dan keluarga bertolak dari Kota Bharu dan sampai di pintu sempadan ICQS, awal, iaitu pada 6 pagi, namun terkejut kerana melihat sudah ramai orang berkumpul di hadapan pintu.

BACA juga: [Video] Orang ramai tidak tahu sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan dibuka

“Ini adalah kali pertama kami mahu ke Hatyai dan sudah merancang sejak beberapa bulan yang lalu. Sebenarnya, saya sendiri dapat mengagak akan berlaku kesesakan memandangkan sekarang adalah waktu cuti sekolah dan ramai ambil peluang untuk melancong.

“Kami tidak kisah untuk beratur di sini, asalkan impian untuk ke Hatyai tercapai selepas sekian lama melihat kemeriahan lokasi pelancongan berkenaan melalui media sosial,” katanya.

Pintu ICQS Rantau Panjang difahamkan sesak setiap kali cuti sekolah kerana menjadi tumpuan pelancong untuk memasuki Thailand yang majoritinya mahu ke Hatyai sama ada secara persendirian atau ejen pelancongan

Berkaitan

Putus tunang ujian sangat berat – Elfira

Aidilfitri: Islam tidak melarang wanita untuk kelihatan cantik tetapi ada batasnya

Umat Islam Malaysia sambut Aidilfitri Isnin

‘Belum muktamad dengan imej ini, tapi segan bila tak bertudung’

Terkini

Makin ramai kena ‘scam’ catat RM655 juta kerugian

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Tayang paha gebu, Ameera Khan dikecam tak hormat bulan Ramadan

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba