🎦 Pemuda rugi RM30,000 jadi mangsa penipuan kahwin palsu didalangi ayah isteri orang - pakdin.my

DARO, MUKAH — Siapa sangka isteri orang sanggup mengambil wang mudah dengan memperdaya lelaki bujang untuk dijadikan “mangsa penipuan perkahwinan palsu”.

Itulah nasib malang yang menimpa seorang lelaki bujang, 28, yang mengalami kerugian kira-kira RM30,000 setelah bertunang dengan isteri orang tanpa disedarinya dan dijanjikan berkahwin dengan wanita terbabit.

Malah, penipuan itu turut didalangi bapa wanita terbabit yang bersubahat menipu pemuda berkenaan.

Berkongi kisah pengenalannya dengan isteri orang itu di Facebooknya, Nurul Aiman yang bekerja sebagai “offshore”, berkata, wanita terbabit memperkenalkan dirinya dengan nama samaran sejak 2021.

Selepas lama berkenalan, pada Oktober tahun lepas dia dan wanita terbabit mengikat tali pertunangan yang diadakan di Kuching.

Setelah itu, pemuda terbabit ingin melanjutkan ikatannya dengan wanita berkenaan dengan hubungan yang halal iaitu sebagai suami isteri.

Katanya, mereka merancang untuk berkahwin dengan majlis akad nikah dijadualkan pada 10 November tahun ini dan disusuli majlis persandingan pada 11 November 2023 di Matu (rumah pengantin wanita).

“Pada 9 November rombongan kami dari Kuching berangkat pada jam 6 pagi dan tiba di Daro pada jam 5 petang.

“Sampai di Daro, kami terus pergi ke Homestay yang sudah ditempah oleh si pengantin wanita untuk rombongan kami seramai 22 orang.

“Namun malangnya kami terkejut apabila pemilik Homestay memberitahu tiada bilik yang ditempah untuk mereka.

“Saya pun segera menghubungi keluarga pengantin wanita namun tiada siapa yang menjawabnya,” katanya.

Berikutan itu, jelas pemuda itu, dia terpaksa mengeluarkan modal untuk menginap di situ sementara menunggu hari bahagia mereka.

Namun, apabila tiba hari bahagia mereka, kata Nurul Aiman, setiba mereka di kediaman wanita tersebut mendapati ia kosong dan tiada siapa di situ.

“Persiapan majlis langsung tidak ada. saya cuba lagi hubungi bakal pengantin wanita dan bapanya tetapi kedua-dua tiada menjawab.

“Selepas itu saya pergi rumah jiran sebelah dan rupanya tuan rumah sebelah itu mak saudara si pengantin perempuan.

“Jadi kami beritahu tujuan datang dan tanya pasal pengantin perempuan sama ada kenal atau tidak.

“Bertambah geram dan terkejut apabila mak saudara wanita itu memberitahu nama sebenar tunangnya dan lebih parah dia sudah bersuami dan mempunyai dua anak,” kongsinya.

Disebabkan perbuatan isteri orang itu, pemuda tersebut mengalami kerugian seperti kos perkahwinan, wang hantaran dan sebagainya.

Susulan kejadian itu, pemuda tersebut membuat laporan polis untuk tindakan lanjut diambil ke atas wanita berkenaan.

“Maruah keluarga saya mana nak letak, datang dari jauh tetapi ditipu dan saya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas wanita ini,” tegasnya sambil mendedahkan wanita terbabit seorang penguat kuasa awam yang berkhidmat di Johor. SETERUSNYA

Janngan lupa subscribe

 

UTAMABERITAAM🎦 Pemuda rugi RM30,000 jadi mangsa penipuan kahwin palsu didalangi ayah isteri...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium