Susu Neelofa Terjejas Sebab Tekanan Isu Semasa - pakdin.my

SELEBRITI terkenal, Neelofa mendedahkan tekanan mengikuti perkembangan isu semasa dunia terutama situasi rakyat Palestin yang cedera dan terkorban akibat kekejaman Israel menjejaskan bekalan susu badannya.

Disebabkan itu,  Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor mengambil pendekatan menyebarkan kesedaran dengan memuat naik kandungan yang tidak menunjukkan keperitan ditanggung penduduk Gaza.

“Selepas sebulan aktif buat hantaran keadaan di Gaza, saya kini memilih kandungan berbeza. Kalau dulu muat naik video kanak-kanak dan wanita.

“Sekarang, saya lebih kepada (berkongsi) kandungan pendidikan untuk suntik kesedaran kekejaman dilakukan Zionis. Sebab tekanan (isu semasa) memberi kesan kepada ‘supply’ (bekalan) susu saya.

“Sebagai ibu yang menyusu bayi berusia empat bulan, penurunan jumlah besar dalam bekalan setiap hari memberi kesan kepada anak saya,” katanya.

Enggan wanita lain mengalami nasib sama, isteri kepada pendakwah selebriti PU Riz itu menitipkan pesanan supaya setiap wanita berstatus ibu perlu menitikberatkan kesihatan diri demi kebaikan anak masing-masing.

“Jadi, ibu-ibu di luar sana, kalau mahu sokong atau sebarkan kesedaran haruslah fikir tentang anak yang menyusu terlebih dahulu.

“Bukan saya suruh abaikan ataupun tidak buat hantaran tetapi pilih kandungan yang tidak beri kesan emosi yang kejam,” ujarnya lagi. – SETERUSNYA

UTAMAGAYA HIDUPHIBURANSusu Neelofa Terjejas Sebab Tekanan Isu Semasa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium