Tuesday, March 5, 2024

🎦 Qabil Irfan cipta kejutan juarai MiniGP 2023- pakdin.my

Pelumba cilik negara Qabil Irfan Azlan mencipta sensasi tersendiri selepas merangkul gelaran juara keseluruhan Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 di Valencia, Sepanyol hari ini.

Dengan kejayaan di Litar Kart Ricardo Tarmo, pelumba berusia 11 tahun itu menaiki podium buat kali ketiga berturut-turut bagi kategori 160cc hari ini selepas perlumbaan pertama dan perlumbaan kedua yang berlangsung pada hari sama.

Beliau menamatkan kedua-dua perlumbaan, masing-masing di kedudukan pertama untuk mengumpul 50 mata.

Pada perlumbaan Super Final – yang menawarkan kutipan mata berganda, Qabil Irfan bermula daripada barisan pertama, berjaya meletakkan dirinya berada dalam kelompok lima terbaik sebelum menemui garisan penamat di tempat pertama untuk menambah 50 mata lagi.

Pelumba kelahiran Kuala Terengganu itu tiba di garisan penamat dengan catatan masa 14 minit dan 08.764 saat (s), meninggalkan pelumba Jepun Kotaro Togashi (14:10.057s) dan pelumba Sepanyol Enzo Zaragoza (14:10.289s).

“Syukur Alhamdulillah saya dapat pergi ke final dan minggu ini agak mencabar bagi saya bermula dari sesi latihan hingga ke perlumbaan sebenar. Dapat bergelar juara, dan saya nak ucapkan terima kasih kepada ZK Racing team dan emak, ayah saya yang selalu memberikan sokongan.

Tidak lupa juga kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), Litar Antarabangsa Sepang (SIC),” katanya menerusi klip video dikongsikan ZK Racing Team kepada media. – Seterusnya

 

UtamaBERITASUKAN🎦 Qabil Irfan cipta kejutan juarai MiniGP 2023

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR