Sunday, December 22, 2024

🎦 Perubahan iklim – Stok ikan berkurang, jejas pendapatan nelayan Kemboja

KEMBOJA – Nelayan Siem Huat mengalami pengurangan stok ikan berkurangan beberapa tahun kebelakangan ini di Tasik Tonle Sap, Kemboja.

Menurut pakar, berikutan perubahan iklim dan cuaca ekstrem, gangguan ekologi, perubahan tanah dan penangkapan ikan berlebihan mengancam bekalan makanan dan mata pencarian berjuta-juta nelayan yang bergantung kepada tasik terbesar di Asia Tenggara itu.

“Kadang-kadang hujan turun tidak menentu atau cuaca menjadi sangat panas sehingga saya tidak dapat keluar memancing,” kata Siem Huat, 45, ketika dia mengemudi botnya melalui hutan bakau untuk menarik pukat.

Sungai Mekong biasanya akan melimpah ketika musim hujan kerana ia bercantum dengan Sungai Tonle Sap di Kemboja.

Namun beberapa tahun ini, ia telah terganggu berikutan perubahan iklim selain terus berusaha untuk meneruskan kehidupan.

“Ada hari saya perlu bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan untuk membeli beras atau menampung kos petrol,” kata seorang penjual ikan Sar Mom, 43.

Pendapatan hariannya merosot dalam setahun kepada hanya $5 berbanding sebelum ini iaitu $25.

Pihak berkuasa Kemboja bertungkus-lumus mendidik nelayan berkenaan bidang pertanian selain mengurangkan pencemaran air dan bertukar cara beralih kepada penternakan ikan atau bidang akuakultur. – SELANJUTNYA

@pakdin.my Menurut pakar, berikutan perubahan iklim dan cuaca ekstrem, gangguan ekologi #Kemboja #Nelayan ♬ original sound – pakdin.my

Berkaitan

DUNIA

[TONTON] Tentera Israel menyerang dua hospital dan sebuah sekolah di Gaza, membunuh 8 orang

DUNIA

Serangan Israel ke atas blok apartmen di Nuseirat Gaza membunuh 8 orang

DUNIA

[VIDEO] Jumlah kematian akibat perang Israel ke atas Gaza melebihi 45,000

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…