Mahkamah: Wanita sumbing dan suami mengaku lakukan amang seksual terhadap budak 15 tahun - pakdin.my

KLANG – Sepasang suami isteri dengan seorang daripadanya sumbing berdepan penjara sehingga 30 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, bulan lalu.

Khairul Hizwan Kamarudin, 32, dan Norehan Abu Kasim, 35, membuat pengakuan bersalah termasuk membiarkan remaja tersebut melihat perbuatan seksual mereka selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noridah Adam.

Mengikut pertuduhan, Khairul Hizwan yang melakukan kerja-kerja kampung dan Norehan sebagai suri rumah masing-masing didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan memegang dada remaja perempuan itu bagi tujuan seksual.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017.

Norehan yang sumbing dan suaminya itu juga didakwa secara bersama melakukan amang seksual bukan fizikal dengan menyebabkan remaja berkenaan memerhati perbuatan bersifat seksual mereka.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 15 (d) AKSTK 2017 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Khairul Hizwan juga didakwa satu lagi pertuduhan menyimpan beberapa video lucah di dalam telefon bimbitnya dan dengan itu boleh dihukum penjara selama tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan.

Kesemua perbuatan itu dilakukan pasangan suami isteri itu pada 12 November dan 1 Disember lalu antara pukul 1.13 tengah hari dan 8.45 malam di sebuah rumah di Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat dekat sini.

Timbalan Pendakwa Raya Suriantiazila Muhamad tidak menawarkan sebarang jaminan ekoran pasangan tertuduh tersebut tinggal dalam kawasan lot perumahan yang sama dengan keluarga mangsa.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya tunduk diam tanpa membuat sebarang rayuan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan sebarang jaminan dengan tarikh fakta kes dan jatuh hukum pada 5 Januari tahun depan. –  SETERUSNYA

UTAMABERITAMahkamah: Wanita sumbing dan suami mengaku lakukan amang seksual terhadap budak 15...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium