🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan - pakdin.my

Anggota Forensik kali ini memasuki bangunan apartmen blok R dipercayai ke rumah ibu bapa mangsa.

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Anggota Forensik kali ini memasuki bangunan apartmen blok R dipercayai ke rumah ibu bapa mangsa.

Sehubungan itu, bapa dan ibu Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan dan Ismanira Abdul Manaf juga dilihat hadir serentak bersama anggota Forensik kira-kira pukul 4.15 petang tadi.

Operasi berkenaan selesai sejam kemudian iaitu pada pukul 5.15 petang.

Pada pagi tadi, sebuah stor yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R menjadi tumpuan bagi mengesan bukti baharu.

Dua anjing Unit Pengesan (K9) dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Daerah KLIA, Gucci dan Ricks bersama beberapa anggota Forensik melakukan pemeriksaan selama hampir empat jam.

Difahamkan, stor terbabit menjadi tempat simpanan motosikal, kerusi plastik dan barangan kanopi.

Seterusnya, salah seekor anjing dibawa masuk ke Blok R bagi melakukan mengesan bukti lain. – SETERUSNYA

Janngan lupa subscribe

UTAMABERITA🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium