[VIDEO] 10 maut, dua helikopter TLDM bertembung di Lumut ketika latihan - pakdin.my

Dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dilaporkan sedang menjalani Latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Berdasarkan laporan, dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 9.03 pagi (Selasa 23 April 2024).

Bagaimanapun, berlaku pelanggaran di udara sebelum masing-masing terhempas di tangga Stadium Pangkalan TLDM dan berdekatan kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Menurut laporan awal, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, seramai 10 mangsa terlibat yang maut dalam nahas itu.

Ketika ini pihak bomba masih dalam proses mengeluarkan beberapa mangsa yang terlibat daripada kedua-dua helikopter berkenaan.

Berita lanjut menyusul..

Berita berkaitan:

[VIDEO] Helikopter terhempas di apartmen ragut 2 nyawa

[Video] Helikopter terhempas di Subang, dua cedera

Lima Maut, Helikopter Terhempas Di Semenyih

Helikopter terhempas: Juruterbang pelatih wanita cedera

 

UTAMABERITA 10 maut, dua helikopter TLDM bertembung di Lumut ketika latihan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium