MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

PRK DUN KKB: DAP perlu calon segar, Mandeep Singh pilihan selamat

DAP yakin dapat menarik lebih ramai sokongan orang Melayu dalam pilihan raya kecil (PRK) di Kuala Kubu Bharu akan datang dengan calon baharu yang segar dan lebih mesra.

Pada masa sama, pengundi dari segmen Cina, India dan Orang Asli juga akan memberi lebih banyak undi kepada calon baharu parti itu kelak, kata penggerak DAP tempatan.

Sumber DAP Kuala Kubu Bharu berkata keputusan parti memperturunkan penyandang, Lee Kee Hiong untuk penggal ketiga dalam pilihan raya negeri tahun lalu menjejaskan sokongan dan menurunkan majoriti kemenangan.

“Orang tempatan tahu mendiang sudah lama sakit kanser. Jadi apabila mendiang bertanding lagi, ramai yang menolak DAP,” menurut sumber dalaman DAP.

Penyandang kerusi DUN Kuala Kubu Bharu Lee Kee Hiong meninggal dunia pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Sumber berkata, mereka yakin parti itu selesa dengan undi simpanan sebanyak kira-kira 35% dari pengundi Melayu yang membentuk 46.4% pengundi Kuala Kubu Bharu.

Sokongan dari segmen pengundi tersebut juga kini bertambah baik dengan usaha dilakukan pemimpin muda DAP Mandeep Singh yang membantu sewaktu penyandang kerusi itu sakit.

Dalam keadaan itu, banyak usaha untuk memulihkan hubungan dengan anggota dan pemimpin masyarakat Kuala Kubu Bharu waktu itu ditangani Mandeep, katanya.

Mandeep Singh merupakan setiausaha politik kepada Menteri Digital Gobind Singh.

Mandeep, juga sebelum ini dikenali sebagai aktivis daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

Berasal dari Kalumpang, Mandeep, 38, juga telah terlibat secara aktif dalam membantu penduduk di Kuala Kubu Baharu sejak beberapa tahun ini.
Namanya pernah disebut-sebut sebagai calon DAP di DUN Kuala Kubu Baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu sebelum mendiang Lee Kee Hiong dikekalkan bagi penggal ketiga.

“Mandeep mungkin ada peluang. Sebab dia orang kuat Gobind dan pernah terlibat secara aktif di Kuala Kubu Baharu sebelum ini,” kata sumber itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Kuala Kubu Baharu akan diadakan pada 11 Mei manakala hari penamaan calon pula pada 27 April. Tarikh undi awal pula ditetapkan pada 7 Mei depan.

Kuala Kubu Baharu yang dikenali sebagai ‘kerusi campur’ dengan pecahan pengundi Melayu (46%), Cina (30%) dan India (18%) dan lain-lain (6%) memberi kelebihan kepada PH.

Baca juga:

Adun Kuala Kubu Bharu nafi tinggalkan DAP untuk jatuhkan PH Selangor

Dokumen Penyelewengan Adun Kuala Kubu Baharu Diserah Kepada SPRM

Jessie Ooi Dakwa Bahu Dicederakan Calon DAP DUN Kubu Baharu #TolakPR 4 #BetterNation

Berkaitan

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi

Tengku Zafrul masih ahli UMNO – Ahmad Zahid

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai dendek – Ahmad Zahid

Hari mengundi PRK Ayer Kuning 26 April depan

Terkini

Kes penjual belon tanpa lesen, polis buka tiga kertas siasatan

Umat Islam Malaysia sambut Aidilfitri Isnin

Orang Islam Yala Thai keluar membeli-belah walau berlaku ancaman dari gerila pemisah

[VIDEO] Gerila pemisah melakukan kekacauan di 2 daerah di Yala

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

PRK Dun Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN – Saifuddin

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

Kes penjual belon tanpa lesen, polis buka tiga kertas siasatan

Umat Islam Malaysia sambut Aidilfitri Isnin

Orang Islam Yala Thai keluar membeli-belah walau berlaku ancaman dari gerila pemisah

[VIDEO] Gerila pemisah melakukan kekacauan di 2 daerah di Yala

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG