Individu pamer gambar Agong pada kempen PRK KKB dipenjara sebulan, denda RM3,000 - pakdin.my

"Ramasamy dalam rayuannya memohon maaf kepada mahkamah selain meminta diberikan hukuman ringan, atas alasan beliau tidak mengetahui bahawa tindakan berkenaan adalah salah.

HULU SELANGOR — Seorang lelaki dipenjara sebulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu di sini hari ini, kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret, menjatuhkan hukuman itu ke atas P. Ramasamy, 66, selepas lelaki itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Mahkamah mengarahkan Ramasamy yang berkerja sendiri itu, untuk menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 4 Mei dan akan dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Perbuatan itu dilakukan di sekitar Taman Bukit Bunga dekat sini pada kira-kira 5.40 petang, 4 Mei.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(A)1 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asmah Che Wan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ramasamy dalam rayuannya memohon maaf kepada mahkamah selain meminta diberikan hukuman ringan, atas alasan beliau tidak mengetahui bahawa tindakan berkenaan adalah salah.

Asmah pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh, bahkan untuk rakyat Malaysia supaya kejadian seperti itu tidak lagi berulang.

“Saya mohon hukuman berat diberikan kepada tertuduh dengan mengambil kira kes dan kesalahan yang dilakukan telah melibatkan dan menghina Yang di-Pertuan Agong. Ini merupakan satu isu sensitif dan boleh menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Semalam, Bernama melaporkan polis menahan dua lelaki dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada kempen PRK KKB.

VIDEO berkaitan:

Jangan lupa subscribe

BACA juga:

UTAMABERITAIndividu pamer gambar Agong pada kempen PRK KKB dipenjara sebulan, denda RM3,000

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium