BERITA Sekurang-kurangnya seorang maut, beberapa lagi hilang akibat tanah runtuh di Jawa...

[VIDEO] Sekurang-kurangnya seorang maut, beberapa lagi hilang akibat tanah runtuh di Jawa Timur

Abdul Muhari menasihatkan penduduk agar sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi potensi tanah runtuh selanjutnya.

JAKARTA – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan beberapa individu hilang dalam kejadian tanah runtuh di daerah Lumajang, wilayah Jawa Timur, Indonesia pada 4 jun 2024.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), tanah runtuh melanda Kampung Supit di mukim Pronojiwo pada 11.15 pagi waktu tempatan dengan tiga mangsa dikhuatiri terperangkap.

Jurucakapnya, Abdul Muhari dalam satu kenyataan memaklumkan mayat mangsa ditemukan pada 3.30 petang waktu tempatan manakala usaha mengesan individu yang hilang diteruskan pada 5 Jun 2024.

“Operasi mencari tertumpu di sekitar kawasan tanah runtuh di kawasan perlombongan pasir,” katanya, sambil menambah bahawa tanah runtuh itu juga menimbus dua lori.

Ramalan cuaca daripada Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) menunjukkan keadaan cuaca mendung di kawasan itu sehingga Khamis.

Namun, Abdul Muhari menasihatkan penduduk agar sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi potensi tanah runtuh selanjutnya.

https://youtube.com/shorts/GtwN2ijqtxw?feature=share

BACA juga:

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami