UtamaPOLITIKDEMONSTRASI KUIN: BUKTI KEZALIMAN...

DEMONSTRASI KUIN: BUKTI KEZALIMAN PAS @nikabdulaziz - pakdin.my

“Himpunan Aman Bersih KUIN 2.0” menyaksikan semua terbabit berpakaian putih sebagai simbol protes agar Prof Datuk Dr Jamil melepaskan jawatan

Apa yang terjadi di KUIN sehingga kakitangannya terpaksa mengangkat sepanduk berdemonstrasi di hadapan pejabat Rektor di Alor Setar semalam membuktikan bahawa Universiti itu sememangnya menghadapi masalah besar.

Sebelum ini, kepimpinan PAS Kedah cuba menutup atau meremehkan masalah yang sedang melanda KUIN tetapi ternyata bangkai gajah tidak boleh ditutup selama-lamanya.

Ia mungkin remeh bagi kepimpinan negeri tetapi soal gaji tidak dibayar adalah soal besar bagi rakyat marhaen kerana ia adalah soal kehidupan seharian. Begitu juga jika gaji Menteri Besar tidak dibayar, Menteri Besar juga pasti tidur dengan mata terbuka.

Masalah kakitangan KUIN ialah bukan sahaja gaji tidak dibayar tetapi bayaran terus melalui potongan gaji juga tertunggak sehingga berbulan-bulan walaupun potongan dibuat di dalam slip gaji. Ini pastinya akan dikenakan faedah dan silap haribulan ada yang muflis. Soalnya, jika ia tetap dipotong, ke manakah wang mereka pergi?

TUNTUTAN…Sebahagian daripada 200 kakitangan Kuin mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan pentadbiran kampus di Alor Setar semalam.

Mengikut kronologi, kakitangan KUIN telah pun berjumpa, berunding, menulis surat, menghantar memorandum kepada pihak pengurusan, pihak Lembaga Pengarah, Ahli Majlis Tertinggi KUIN serta Exco dan Menteri Besar Kedah melalui beberapa siri sejak awal Mei lalu.

Namun, segala usaha mereka telah dipersetankan. Malah, wakil kakitangan, iaitu Mohamad Azki Hafizi Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan Rektor KUIN, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman telah ditukarkan terus ke Kuala Ketil, mungkin sebagai ‘hukuman’ kerana mengkritik Rektor.

Bukankah ini kezaliman yang nyata?

Kerana tidak tahan dengan kezaliman yang berlaku, maka demonstrasi yang diadakan oleh kakitangan KUIN semalam adalah bertujuan utama untuk mendesak Rektor, iaitu Datuk Dr. Jamil meletak jawatan atau dipecat. Selain itu, kakitangan juga memohon agar hutang mereka dilangsaikan.

Persoalan besar di sini ialah kenapakah sejak Mei sehingga sekarang, setelah EXCO dan Menteri Besar sendiri maklum mengenai masalah ini, masih tiada penyelesaian?

Jika EXCO dan MB juga tidak mahu ambil tahu, ke manakah lagi yang perlu para kakitangan ini mengadu? Kepada DYMM Sultan atau YDP Agong? Atau Perdana Menteri dan Presiden UMNO?

Apakah lagi yang perlu mereka lakukan untuk memastikan nasib mereka dibela oleh pengurusan KUIN dan kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap Universiti ini? Merusuh seperti peserta BERSIH?

Kita tidak faham apakah yang ditunggu oleh Menteri Besar sebelum mengambil tindakan? Untuk menyatakan yang beliau tidak tahu apa-apa tidak mungkin sama sekali, kerana wakil beliau telah pun bertemu dengan kakitangan KUIN dan beliau sendiri telah menerima memorandum dari kakitangan KUIN sejak awal krisis ini. Nampaknya, bukannya beliau tidak tahu apa-apa tetapi beliau sekadar tidak tahu nak buat apa.

Inilah masalahnya apabila meletakkan seseorang bukan di tempat yang hak. Menurut Islam, jika seseorang itu diletakkan di tempat yang bukan haknya iaitu yang tidak layak baginya, maka ia adalah satu ketidakadilan. Dan ketidakadilan pasti membawa kepada kehancuran.

Sudah jelas kini bahawa Rektor KUIN itu adalah tidak berhak berada di tempatnya, beliau tidak mampu mengurus KUIN dan telah bertindak zalim sehingga kakitangan tidak sanggup lagi berada di bawahnya.

Lebih dari itu, Exco dan Menteri Besar Kedah juga adalah tidak berhak berada di tempat mereka kerana mereka tidak mampu menjalankan tugas mereka dengan baik untuk membela rakyat dan menjana pendapatan negeri sehingga Universiti yang dibawah naungan negeri mengalami masalah kewangan sedemikian buruk sekali.

Mengaku atau tidak, masalah sebegini tidak mungkin dibiarkan berlarutan jika Kedah berada di bawah Barisan Nasional. Dan ini adalah hakikat, yang walaupun pahit untuk ditelan oleh para penyokong PAS tegar, tetapi ia adalah kebenaran. Manusia yang tidak sanggup menerima kebenaran adalah manusia yang sakit jiwanya.

20 pelajar mengadakan bantahan di luar ibupejabat PAS hari ini sebagai membantah tindakan parti itu yang membisu berhubung tindakan menggantung lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kedah.

++++++

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi sebarang kata dua kepada PAS sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi...

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada...

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis...

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang...

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari...

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...