NASIONALJENAYAH / MAHKAMAHSuami isteri selisih faham, polis rampas pistol dan 18 peluru di Sungai...

Suami isteri selisih faham, polis rampas pistol dan 18 peluru di Sungai Buaya

Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 26 Julai ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971

HULU SELANGOR: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas sepucuk pistol jenis Steyr GB Austrian 9mm bersama 18 butir peluru di kediamannya di Sungai Buaya, Hulu Selangor, Selangor pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, tangkapan itu dibuat susulan polis menerima laporan pada hari sama, daripada isteri suspek mengatakan mereka telah berselisih faham dan memaklumkan bahawa suaminya memiliki sepucuk pistol.

“Pemeriksaan ke atas kediaman suspek berusia 47 tahun itu turut menemui satu kelopak peluru berwarna hitam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Asri berkata, hasil ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif dan suspek juga tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

“Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 26 Julai ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya.

BACA juga:

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Saman seksual: Keputusan permohonan Perdana Menteri 30 September

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami