NASIONALNAHAS & BENCANA Bot karam di Batang Kayan - Mayat kedua dijumpai, satu lagi...

[VIDEO] Bot karam di Batang Kayan – Mayat kedua dijumpai, satu lagi masih hilang

Usaha mencari seorang lagi mangsa, Alsma Jithil, 14, masih giat dilakukan.

LUNDU, SARAWAK: Mayat kedua mangsa tragedi bot karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit, Lundu ditemukan terapung pada 5.30 petang, 21 Ogos 2024.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak berkata mayat pelajar perempuan, Helena Fasha Petrus, 17, dijumpai terapung oleh orang awam.

“Mayat mangsa dijumpai satu kilometer dari Pusat Kawalan Bomba di bahagian hilir sungai,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, mayat Vilkie Wilson, 15, dijumpai terapung pada 11.58 pagi.

Usaha mencari seorang lagi mangsa, Alsma Jithil, 14, masih giat dilakukan.

Dalam kejadian pada 6.10 pagi semalam, seramai 15 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong, seorang pelajar SMK Lundu dan empat penduduk kampung termasuk pengemudi menaiki perahu tambang.

BACA juga:

[VIDEO] Bot Karam Batang Kayan: Satu jasad ditemui

[VIDEO] Tiga Pelajar Dikhuatiri Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Di Batang Kayan, Lundu

Bot Karam Di Belaga: Tiga Hilang, Satu Mayat Ditemui

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Alhamdulillah, Jaslinda Dah Jumpa! Dua Minggu Survive Minum Air Periuk Kera

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami