NASIONALAM Ajaran Millah Abraham sentiasa dalam perhatian polis - KPN

[VIDEO] Ajaran Millah Abraham sentiasa dalam perhatian polis – KPN

Ajaran ekstremisme berkenaan diasaskan oleh seorang guru dari Indonesia iaitu Ahmad Musadeq pada tahun 2012 yang mula menyebarkan ideologi sesat itu

Mengenai ajaran sesat Millah Abraham, Tan Sri Razarudin berkata, penyebaran ajaran sesat Millah Abraham dalam negara ketika ini dilihat terkawal, namun polis bersama dengan jabatan agama Islam di negeri-negeri, tetap memantau dengan rapi perkembangannya.

“Kita dapati ajaran Millah Abraham ini mempunyai pengikut dianggar 5,000 orang dan peningkatan jumlah pengikutnya dilihat ketara semasa tempoh pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) beberapa tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh PKP, semasa orang ramai tidak boleh keluar rumah, penyebar ajaran ini mengambil kesempatan menggunakan media sosial untuk mengembangkan ideologi mereka.

“Kita tahu bahawa ajaran ekstremisme berkenaan diasaskan oleh seorang guru dari Indonesia iaitu Ahmad Musadeq pada tahun 2012 yang mula menyebarkan ideologi sesat itu,” katanya.

Pada 6 Ogos lepas 14 individu yang juga disyaki pengikut ajaran sesat Millah Abraham dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Batu Pahat atas pertuduhan mengingkari pihak berkuasa agama dan memiliki bahan penerbitan agama bertentangan hukum syarak.

BACA juga:

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami