PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    [VIDEO] PRK Mahkota model kempen jentera Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

    “Insya-Allah, saya juga yakin tidak akan berlaku sabotaj untuk memenangkan calon kita. Calon (PRK Mahkota) ini telah dipilih daripada senarai 17 nama yang diberi sebelum ini. Kita telah kaji tahap boleh menang calon mengikut kriteria 'WALI' (winnable, acceptable and likeable),” katanya.

    KLUANG, 7 Sept (Bernama) — Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah penting kerana bakal menjadi model dan formula kepada kempen jentera Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya akan datang, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata hal ini demikian kerana buat kali pertama sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan, semua parti komponen dalam BN dan Pakatan Harapan (PH) terlibat dalam PRK DUN Mahkota.

    “Semua jentera parti politik Kerajaan Perpaduan ada untuk PRK DUN Mahkota ini. Jadi, kemenangan yang akan dicapai ialah kemenangan yang signifikan. Jika berlaku lagi pilihan raya selepas ini, model dan formula ini akan digunakan.

    “Saya yakin di Mahkota semua jentera Kerajaan Perpaduan akan buktikan solidariti mereka, ini ialah jentera kerajaan MADANI. Formula ini, cara ini akan kita guna dalam Pilihan Raya Umum ke-16 agar kita terus kekal jadi kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon BN untuk PRK DUN Mahkota di sini hari ini.

    Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Naib Presiden MIC Datuk Dr R. Nelson.

    Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata kemenangan BN di PRK DUN Nenggiri memberikan semangat baharu kepada gabungan itu, sekali gus membuktikan pihaknya boleh menang walaupun di kawasan lawan.

    “Kita telah buktikan walaupun Nenggiri itu bukan di negeri (milik) kita, kerusi itu juga kita kalah sebelum ini, tetapi atas komitmen yang ditunjukkan kita boleh menang dengan cemerlang.

    “Insya-Allah, saya juga yakin tidak akan berlaku sabotaj untuk memenangkan calon kita. Calon (PRK Mahkota) ini telah dipilih daripada senarai 17 nama yang diberi sebelum ini. Kita telah kaji tahap boleh menang calon mengikut kriteria ‘WALI’ (winnable, acceptable and likeable),” katanya.

    Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang Syed Hussien Syed Abdullah, 40, diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Mahkota.

    PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lepas ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya itu pada 28 Sept manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 14 dan 24 Sept.

    BACA juga:

    Berkaitan

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

    Terkini

    Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

    Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    # Tag

    Kenyataan JAKIM berhubung keutamaan kemenangan politik berbanding ibadah umrah dan haji

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Terkini

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

    Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

    Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

    Kerajaan Uttarakhand, India tutup Lebih 50 Madrasah ‘haram’ dalam dua minggu