BERITAALAM SEKITAR Tanah runtuh berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap

[VIDEO] Tanah runtuh berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap

“Kawasan tanah runtuh boleh dilalui namun kerja-kerja pembersihan masih dilaksanakan

KUALA KUBU BHARU – Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap (FT55) dekat Kuala Kubu Bharu, awal pagi 5 Oktober 2024.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor berkata, kejadian tanah runtuh dengan kepanjangan kira-kira 20 meter itu berlaku sekitar pukul 4.15 pagi.

“Pasukan bencana JKR Hulu Selangor dimaklumkan terdapat tanah runtuh pada pukul 4.15 pagi.

“Kawasan tanah runtuh boleh dilalui namun kerja-kerja pembersihan masih dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Menurutnya, pasukan bencana telah membuka laluan kepada kenderaan lain pada pukul 7.15 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim mengesahkan tiada kemalangan jiwa terbabit dalam insiden itu.

BACA juga:

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

El Niño dah datang, dan kali ni katanya super kuat!

Gempa lemah magnitud 2.9 di perairan Batu Pahat: Tiada ancaman tsunami

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami