MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Liverpool calon awal juara EPL

Liverpool memanfaatkan sepenuhnya aksi di laman sendiri apabila menguasai sebahagian besar permainan selain menjaringkan gol menerusi Darwin Nunez dan Mohamed Salah.

LIVERPOOL – Liverpool berada pada landasan terbaik untuk memenangi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa di Anfield awal pagi 10 November 2024.

Keadaan itu turut dibantu dengan kekalahan mengejut pencabar terdekat, Manchester City yang tewas 1-2 kepada Brighton, sekali gus meletakkan The Reds selesa menerajui takhta liga menerusi perbezaan lima mata.

Sedar dengan peluang mereka mengukuhkan cengkaman di persada liga, pemain tengah Liverpool, Alexis Mac Allister mula percaya mereka adalah calon terbaik untuk merampas takhta kejuaraan daripada City.

“Kami sangat gembira dengan kemenangan ini kerana mampu mengekalkan kedudukan di tangga teratas. Sekiranya kami mampu menerajui liga dengan kelebihan lima mata, ia membuktikan sesuatu mengenai kami.

“Bagaimanapun, kami perlu ambil pendekatan langkah demi langkah. Saya mungkin tidak mengaku kami calon (juara) pada awal musim tetapi sekarang nampaknya keadaan itu sudah berubah,” katanya.

Pada perlawanan itu, Liverpool memanfaatkan sepenuhnya aksi di laman sendiri apabila menguasai sebahagian besar permainan selain menjaringkan gol menerusi Darwin Nunez dan Mohamed Salah.

Pengurus The Reds, Arne Slot menjelaskan, beliau gembira apabila pemain-pemainnya dapat mengekalkan kecergasan sepanjang saingan musim ini untuk merekodkan kemenangan ke-15 daripada 17 perlawanan dalam semua kejohanan setakat ini.

“Kami sangat bertuah kerana sebahagian besar pemain Liverpool kekal cergas sehingga masa ini. Bagaimanapun, masih banyak cabaran perlu dihadapi dan perlawanan selepas ini mungkin lebih sukar,” ujarnya.

BACA juga:

Berkaitan

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

丹斯里陈建顺因“个人原因” 辞任T7全球执行副主席

Terkini

Makin ramai kena ‘scam’ catat RM655 juta kerugian

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Tan Kean Soon meletak jawatan daripada T7 Global

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba