[VIDEO] Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

[VIDEO] Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

Remaja yang masih bersekolah itu dikatakan berada di rumah bersama teman lelakinya berumur 16 tahun dan kakak angkat perempuan berumur 20-an sebelum kejadian.

GEORGE TOWN — Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Farlim, di sini kira-kira pukul 11.45 malam 9 November 2024.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Mayat remaja itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan proses bedah siasat akan dijalankan hari ini,” katanya.

Remaja yang masih bersekolah itu dikatakan berada di rumah bersama teman lelakinya berumur 16 tahun dan kakak angkat perempuan berumur 20-an sebelum kejadian.

TEMAN LELAKI, KAKAK ANGKAT REMAJA JATUH KONDO POSITIF DADAH

GEORGE TOWN – Polis menahan teman lelaki dan kakak angkat kepada remaja perempuan yang ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominumium di Farlim di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, penahanan kedua-duanya yang masing-masing berusia 18 dan 19 tahun dilakukan selepas ujian air kencing terhadap kedua-dua individu tersebut menunjukkan keputusan positif dadah.

“Kedua-duanya ditahan awal pagi tadi selepas ujian air kencing mereka didapati positif dadah dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Bahaya 1952.

“Bagi kes remaja perempuan yang meninggal dunia, kita perlu menunggu laporan toksikologi. Kita tidak boleh membuat sebarang kesimpulan mengenainya pada ketika ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang remaja perempuan maut dipercayai selepas terjatuh dari biliknya di tingkat 16 sebuah kondominium di Farlim di sini.

BACA juga:

Terkini

Popular

Berkaitan

Tolong lah subscribe