NASIONALJENAYAH / MAHKAMAHSaksi utama kes terowong dasar laut membabitkan Guan Eng maut jatuh bangunan

Saksi utama kes terowong dasar laut membabitkan Guan Eng maut jatuh bangunan

GEORGE TOWN – Seorang saksi pendakwaan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari kediamannya di sebuah kondominium mewah di Jalan Kelawei, Pulau Tikus hari ini.

Mangsa berusia 53 tahun yang juga ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pemaju hartanah terkemuka itu sebelum ini pernah diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2018 bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Difahamkan, polis menerima panggilan berhubung kematian lelaki bergelar Datuk itu pada pukul 5.20 pagi daripada isteri mangsa.

Individu itu merupakan salah seorang saksi pendakwaan kes berprofil tinggi yang melibatkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang melibatkan Lim Guan Eng dan pernah memberi keterangan di mahkamah sebelum ini.

Mangsa yang tinggal bersama isteri serta dua anaknya masing-masing lelaki dan perempuan itu dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebelum ditemui berhampiran kolam renang dalam keadaan kepalanya pecah.

Difahamkan, kali terakhir mangsa ditemui isterinya lewat malam tadi dan tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian setakat ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Buat masa ini, saya hanya boleh sahkan memang ada kes individu mati jatuh bangunan di sebuah kondominium di Jalan Kelawei dan lelaki itu disahkan mati ditempat kejadian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Siasatan SPRM Terhadap Bekas Pegawai Tabung Haji: Soalan Tentang Masa, Standard dan Label Politik

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Mengenai kami