PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

    Pada Sabtu lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan pegawainya telah berjumpa dengan seorang pemberi maklumat pada 30 Okt lepas membabitkan kes klip video beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa meminta wang sebagai balasan menyokong kelulusan projek.

    Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia prosedur yang termaktub di bawah akta terbabit.

    “Contohnya, kalau kes rasuah, pemberi maklumat kena beri maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dahulu. Kemudian agensi itu akan membuat siasatan dan keputusan sama ada individu itu dilihat layak sebagai pemberi maklumat atau tidak. Itu prosedurnya.

    “Yang tak bolehnya, bila kita tahu maklumat dan kita tidak buat laporan kepada agensi yang bertanggungjawab tetapi tiba-tiba buat kenyataan mahu perlindungan. Itu sebab kita ada undang-undang yang memberikan mereka perlindungan antara agensi dan pemberi maklumat.

    “Tapi kalau seseorang menganggap kerana kita mahu bercakap dengan media dan kita nak dapatkan perlindungan, pada saya itu untuk agensi yang tentukan. Sebab agensi pun nak nilai maklumat yang ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Timbang Tara Antarabangsa 2024 di sini hari ini.

    Pemberi maklumat dalam kes itu juga dikatakan menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meminta diberi perlindungan sebelum membuat laporan SPRM.

    Bagaimanapun, semalam Anwar dilaporkan berkata beliau tidak akan memberi perlindungan kepada sesiapa yang terbabit rasuah.

    Perdana Menteri berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan teliti terhadap semua kes termasuk skandal terbabit.

    BACA juga:

    # Tag

    Berkaitan

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

    Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah