PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Ada 2 biji pil kuda sudah kira pengedar dadah di Thailand

    Kuantiti dadah itu juga membuktikan bahawa pil kuda tersebut bukan untuk kegunaan sendiri, sebaliknya ia akan dijual kepada pelanggan.

    SUNGAI GOLOK, THAILAND – Individu yang memiliki lebih daripada sebiji pil kuda semasa tangkapan dijalankan sudah dikira sebagai pengedar dadah mengikut undang-undang di Thailand.

    Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Polis Jadsadavit Inprapan berkata, berdasarkan peruntukan dalam undang-undang itu, pihaknya mempunyai kuasa untuk menahan suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah meskipun ada dua biji pil kuda dalam milikan mereka.

    Menurutnya, kuantiti dadah itu juga membuktikan bahawa pil kuda tersebut bukan untuk kegunaan sendiri, sebaliknya ia akan dijual kepada pelanggan.

    “Peruntukan undang-undang itu merupakan usaha untuk membendung penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negara ini.

    “Suspek yang didapati bersalah berdepan hukuman penjara lebih 10 tahun atau seumur hidup bergantung kepada jumlah dadah yang dirampas.

    VIDEO berkaitan:

    “Semakin banyak jumlah dadah yang dirampas, semakin berat hukuman yang diterima terutamanya tempoh pemenjaraan pesalah,” katanya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Sungai Golok semalam.

    Jadsadavit memberitahu, kebanyakan rakyat Malaysia yang ditahan Sungai Golok didapati positif dadah dan tidak terlibat kegiatan pengedaran bahan terlarang itu.

    Menurutnya, berdasarkan maklumat, rakyat Malaysia) takut dengan undang-undang dan hukuman membabitkan pengedaran dadah di Thailand.

    Sebelum ini dilaporkan, seorang penyanyi wanita tersohor dari Kelantan bersama lima individu lain direman selama 84 hari atau hampir tiga bulan bagi membantu siasatan ekoran penemuan 6,000 biji pil kuda bersama mereka di sebuah hotel di Sungai Golok, di sini pada 1 November lalu.

    Tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 34 tahun utu ditangkap polis Thailand kira-kira pukul 5 pagi dalam satu serbuan ketika mereka berehat di sebuah bilik hotel selepas berhibur di pusat hiburan yang terletak bawah hotel tersebut.

    Mereka masuk ke negara jiran itu untuk berhibur sempena cuti perayaan Deepavali.

    BACA juga:

    # Tag

    Berkaitan

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

    Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah