UtamaPOLITIKDr M: Nik Aziz...

Dr M: Nik Aziz tak terjejas walaupun salah guna agama kerana politik – @nikabdulaziz - pakdin.my

Ketaksuban kepada kepimpinan lebih daripada ajaran Islam yang terdapat dalam al-Quran boleh menjurus kepada perpecahan dan kelemahan umat Islam, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dengan menjadikan situasi di Kelantan sebagai contoh, Dr Mahathir berkata, beliau diberitahu tidak ada kemungkinan Barisan Nasional (BN) menang di negeri itu pada pilihan raya umum kerana penduduk Kelantan begitu taksub dengan  Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam entri terbaru bertajuk ‘Asabiah’ yang disiar dalam blognya, beliau berkata, demikianlah ketaksuban ini sehingga apa sahaja yang didakwa oleh Nik Aziz berkenaan agama Islam, maka orang Kelantan akan menerimanya bulat-bulat sebagai benar dan menepati ajaran Islam.

“Orang Islam yang berfikiran waras tentu menolak dakwaan Nik Aziz bahawa mengundi Pas akan mendapat pahala, bahkan menjamin syurga di akhirat. Tetapi nampaknya majoriti rakyat Kelantan, sama ada mereka terima dakwaan ini atau tidak, terus setia dan menyokong kepimpinan Nik Aziz.

“Kemenangan Pas di Kelantan dan di tempat-tempat lain membuktikan kepimpinan Nik Aziz tidak terjejas walaupun jelas menyalah guna agama untuk politik duniawi,” kata Dr Mahathir dalam artikel itu.

Dr Mahathir berkata, ada orang yang berpandangan tidak ada gunanya ulama lain atau mufti menolak dan menidakkan dakwaan Nik Aziz kerana orang Kelantan tetap akan percaya pendapatnya juga.

“Jika ada yang ragu sekalipun, mereka tidak akan menyatakan keraguan mereka,” katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa dahulu, kerjasama melibatkan Umno dengan orang bukan Islam didakwa bertentangan dengan ajaran Islam.

Tetapi sekarang Pas di bawah kepimpinan Nik Aziz bukan setakat bekerjasama dengan bukan Islam malah sanggup bekerjasama dengan orang yang menolak dengan keras dan secara terbuka hasrat Pas untuk mendirikan Negara Islam dan melaksana hukum hudud, katanya.

“Saya masih ingat semasa kita bangunkan Putrajaya (pusat pentadbiran kerajaan persekutuan), Nik Aziz mendakwa apabila Pas memerintah negara ini, kerajaan Pas akan lelong Putrajaya.

“Hari ini lain pula bunyinya. Pas berjuang untuk ke Putrajaya sebagai pemerintah,” kata Dr Mahathir.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi sebarang kata dua kepada PAS sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi...

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada...

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis...

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang...

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari...

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...