Lelaki Sakit Mental ‘Mengeluh’ Tentang Agama Dan Kehidupan Dalam Blog - pakdin.my

Blog Jaya Negara yang sudah tidak boleh di akses. Sila lihat Google cache blog bekenaan

Lelaki dengan pedang samurai yang mengamuk di perkarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri pernah mengadu tentang pergolakan zaman kanak-kanak.

Khalil Afandi Abd Hamid, 47, memberi sekilas gambaran tentang kehidupan awal dirinya dalam beberapa entri di laman blognya yang berusia sebulan.

“Apabila adik-beradik saya tidur dalam keadaan aman damai, saya akan memikirkan tentang kehidupan yang penuh dengan kesengsaraan. Saya tidur bersama air mata.

“Semua ini bermula ketika saya berumur tiga tahun. Saya sudah memahami tentang penyakit mental. Saya tidak mampu hidup walaupun untuk esok.

“Sakitttttnya Ya Allah. Saya kini sudah 47 tahun,” Khalil menulis dalam blognya jayanegara1234.blogspot.com pada 4 Jun.

Walaupun blog ini hanya dibuat lebih sebulan lalu, ia mengandungi 17 entri yang panjang daripada Khalil.

Kebanyakan entrinya adalah monolog tentang fikiran yang berubah-ubah, dengan sedikit fokus dan beralih dari satu topik ke topik yang lain.

Apa yang ditulisnya juga dipenuhi dengan persoalan tentang kehidupan dan disertai oleh ayat-ayat berunsurkan agama.

Kadang-kadang, Khalil mencatatkan paparan kemarahan apabila dia mengejek ahli-ahli politik dan tokoh masyarakat tempatan tetapi jarang sekali disertai bahan atau fakta.

Dalam satu contoh, dia telah menulis tentang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam profil di blognya, Khalil dilihat hanya memakai seluar jeans biru, sama seperti bagaimana dia muncul di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri pada Isnin.

Sehingga tengah hari Selasa, profilnya telah menerima 17,298 paparan.

Khalil juga memberitahu filem mafia Hollywood The Godfather sebagai filem kegemarannya.

Khalil, yang juga merupakan seorang bapa dikatakan telah mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahadi.

Siasatan awal menunjukkan bahawa Khalil dan wanita bersamanya yang dikenal pasti sebagai Muhdalina Ahmad, 28 tahun, hanya kenal antara satu sama lain selama kira-kira seminggu sebelum kejadian itu.

Antara nota yang terdapat di laman sosial Facebook Khalil Afandi Hamid

 

 

 

UTAMABERITALelaki Sakit Mental 'Mengeluh' Tentang Agama Dan Kehidupan Dalam Blog

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium