UtamaPOLITIKSaifudin Nasution Di Halau...

Saifudin Nasution Di Halau Dari Kelantan - pakdin.my

Disebalik lakonan riuh rendah pemimpin pakatan pembangkang khususnya PAS & DAP mempertikaikan pendedahan maklumat berhubung pembahagian kerusi parlimen yang memberi kelebihan besar kepada DAP, rasanya tidak salah untuk kita berkongsi satu lagi fakta menarik berkaitan isu ini.

Seperti kita maklum, sudah menjadi kebiasaan seseorang pemimpin politik pembangkang dari luar Kelantan yang dianggap ‘bernilai’ atau setidak-tidaknya rapat dengan pimpinan PAS negeri akan diberi peluang membina kerjaya politik mereka di negeri tersebut.

Ada antara mereka merupakan pemimpin PAS dari Selangor, Kedah dan ada juga pemimpin dari parti lain yang merupakan teman sekedudukan dan sebantal, yang penting ialah rapat dengan perintis lebuhraya prepaid dan pandai mencuit hati tok gundu Pulau Melaka.

Bagaimanapun, memandangkan PAS Kelantan sekarang sedang berkecamuk dek kerana bunga-bunga kebangkitan rakyat Kelantan menolak kepimpinan Nik Aziz sebagai MB Kelantan, mahu tidak mahu ahli politik dari luar terpaksa dihalau keluar bagi mengurangkan impak kebangkitan tersebut.

Dalam PRU 2008 misalnya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah diletakkan bertanding di kawasan Parlimen Machang mewakili PKR dan menguasai kerusi tersebut mengalahkan calon BN, Sazmi Miah dengan majoriti 1,460 undi.

Mengikut maklumat yang diperolehi, Saifuddin terpaksa dihalau ke Kedah untuk ‘disembelih’ di Kulim Bandar Baharu manakala tempatnya di Machang bakal diisi oleh calon tempatan dari PKR yang bernama Mohd Hishamuddin.

Berkemungkinan ‘tukang sembelih’ yang akan berentap dengan Saifuddin nanti di Kulim Bandar Baharu ialah bekas peguam utama Anwar Ibrahim iaitu Zulkifli Noordin yang sekarang ini adalah ahli Parlimen bagi kawasan tersebut.

Eloklah begitu, khidmat Saifuddin selama sepenggal menjadi wakil rakyat di Machang habuk pun tarak. Siang malam asyik sibuk memanjang dengan teori dan propaganda hingga kerap lupa amanah yang rakyat Machang dambakan.

Dari satu segi, langkah PAS ‘meminta’ PKR memindahkan Saifuddin mungkin dilihat cara terbaik untuk mengendurkan kemarahan rakyat yang saban hari bangkit memprotes kelemahan urus tadbir kerajaan negeri, tapi ia tidak bermakna kebangkitan rakyat marhaen dapat dipadamkan begitu sahaja.

Yang pastinya dalam usaha mempertahankan sisa-sisa pemerintahannya di Kelantan, PAS terpaksa melakukan apa saja sementara masih berbaki sekelumit detik masa.

Semestinya, Salahuddin Ayub yang juga antara pemimpin politik paling awal diminta berambus ke negeri asal untuk ‘dibunuh’ kerjaya politiknya, tidak lagi keseorangan membawa rajuk hati kerana kini sudah pasti ‘kuburnya’ akan ditemani sama oleh Saifuddin Nasution.

Nasiblah badan, habis madu sepah dibuang.

+++++

++

 

 

 

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi sebarang kata dua kepada PAS sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi...

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada...

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis...

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang...

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari...

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...