PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    [TONTON] Dua lelaki pandu lawan arus ditahan, dadah dan senjata ditemui dalam kereta

    Siasatan dibuka di bawah Seksyen 307/186/279 Kanun Keseksaan, Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Tindakan dua lelaki yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Kilometer 16 Lebuhraya Damansara-Puchong di sini dengan memandu melawan arus membawa padah, apabila mereka berjaya ditahan setelah dikejar pihak polis sejauh 35 kilometer.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata dalam kejadian 11.32 pagi tadi anggota Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Petaling Jaya, telah mengejar kereta Proton Satria dinaiki kedua-dua suspek yang bertindak melanggar kereta MPV polis serta sebuah motosikal yang ditunggang oleh orang awam.

    Beliau berkata kedua-dua suspek berumur 30 dan 29 tahun itu berjaya ditahan di Jalan PJU 1a/1 Ara Damansara, selepas adegan mengejar selama 30 minit.

    “Hasil pemeriksaan lanjut, sejumlah dadah dipercayai jenis syabu anggaran berat 12.87 gram telah ditemukan di dalam kenderaan suspek bersama-sama senjata dipercayai jenis electric shock wave.

    “Suspek pertama yang merupakan pemandu kenderaan mempunyai 11 rekod jenayah dan lima rekod jenayah narkotik, manakala suspek kedua mempunyai satu rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Shahrulnizam berkata kedua dua suspek telah dibawa ke IPD Petaling Jaya dan siasatan dibuka di bawah Seksyen 307/186/279 Kanun Keseksaan, Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    “Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.

    # Tag

    Berkaitan

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Sin Chew Daily mohon maaf

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah