back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    [TONTON] Tengah berzikir atau ritual memuja di tanah perkuburan?

    Sekumpulan lelaki dikesan melakukan satu ritual meragukan di sebuah tanah perkuburan dan kini tular di media sosial.

    Menerusi satu klip video yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Rizuwan Rosly, kelihatan kumpulan tersebut seolah-olah sedang berzikir sambil mengoncangkan kepala.

    “Aku ingatkan zikir. Tapi lama-lama dengar macam memuja lah pula,” tulisnya.

    Tambah individu terbabit, dia telah membuat aduan tentang aktiviti itu kepada pihak berkuasa.

    “Report (laporan) telah di buat. Akan di bawa ke jabatan agama islam, biar jabatan buat kerja. Biar jabatan agama islam yang tentukan hukum hakamnya,” katanya.

    Difahamkan klip video terbabit di rakam di sebuah tanah perkuburan di sekitar Gombak namun bagaimanapun, lokasi tepat tidak dapat dipastikan.

    Menjengah ke ruangan komen rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai reaksi berkaitan perkara terbabit.

    “Setiap hari Jumaat memang ada yang macam ini. Saya selalu pergi bersihkan kubur, memang jadi tanda tanya.

    “Kadang-kadang seorang je yang buat macam tu. Mohon pihak yang arif boleh jelaskan, hukum untuk ritual macam ni,” tulis Elly Rosalinda.

    Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mazlee Suparman.

    “Aku pergi juga kubur kalau ada orang meninggal, tapi tak pernah pulak tengok amalan macam ni,” ujarnya.

    RSS
    Follow by Email
    YouTube
    YouTube
    Instagram
    Copy link
    URL has been copied successfully!

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)