BERITAALAM SEKITAR Kolam takungan pecah, Taman Seri Alam bagai dilanda tsunami

[TONTON] Kolam takungan pecah, Taman Seri Alam bagai dilanda tsunami

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berkenaan punca kejadian itu berlaku, namun berdasarkan komen daripada pengguna laman sosial, insiden itu berlaku akibat dinding kolam takungan pecah.

Sebuah kolam takungan di Taman Seri Alam, Saujana Utama, Sungai Buloh dekat sini dilaporkan pecah menyebabkan limpahan air keluar ke kawasan berhampiran.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Saujana Utama, Sungai Buloh, beberapa kawasan seperti Hillpark, Seri Alam dan Saujana Perdana kini dilimpahi air ekoran kejadian terbabit.

Beberapa klip video yang memaparkan air turut memasuki beberapa rumah di kawasan terbabit turut tular di laman sosial ketika ini.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berkenaan punca kejadian itu berlaku, namun berdasarkan komen daripada pengguna laman sosial, insiden itu berlaku akibat dinding kolam takungan pecah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna telah berkongsi berkenaan kejadian terbabit dan menasihatkan orang ramai tidak melalui kawasan terbabit.

“Hillpark pun turut banjir, jangan lalu jalan belakang nak ke Eco Grandeur,”tulis Nur Ain.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Hafizah Cheong.

“Perumahan kat Saujana Perdana kita pun banjir. Air kat longkang dah penuh,”katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

El Niño dah datang, dan kali ni katanya super kuat!

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami