back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Kemelut KDN FC paksa Oday ‘angkat kaki’

    ODAY mengakui situasi di KDN ketika ini mendorongnya untuk meninggalkan pasukan itu biarpun masih memiliki kontrak. - FB KDN FC

    TONGGAK antarabangsa Palestin, Oday Kharoub dilaporkan sedang berusaha untuk menamatkan kontrak lebih awal dengan Kelantan Darul Naim (KDN FC) susulan kemelut kewangan yang melanda pasukan Pantai Timur itu.

    Menerusi kenyataan yang tular di laman sosial, Oday didakwa pihak KDN FC tidak menghormati dirinya selaku pemain profesional termasuk tidak menyediakan fasiliti latihan yang lengkap.

    “Saya rasa seperti tidak dihormati kerana mereka tidak menjawab panggilan telefon. Selain itu, kita juga tidak melakukan latihan kerana mereka tidak membayar sewa padang.

    “Saya harap dapat menamatkan kontrak bersama pasukan kerana saya beraksi untuk menghantar wang kepada keluarga (di Palestin) yang merana ekoran peperangan ketika ini,” katanya.

    Mengulas lanjut, pemain berusia 31 tahun ini mengesahkan ada menerima tawaran daripada beberapa kelab yang berpangkalan di Thailand, Indonesia dan Qatar.

    “Buat masa ini saya ada mendapat tawaran daripada pasukan di Thailand, Indonesia dan Qatar,” katanya.

    Khidmat Oday disambar skuad Kijang Emas pada Mac lepas untuk menjadi salah satu pemain bertaraf bintang pasukan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

    Oday telah mempamerkan aksi sepenuh jiwa sepanjang menyarung jersi KDN FC sehingga menarik minat beberapa kelab Liga M termasuk Selangor FC pada jendela perpindahan kedua, September lepas.

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)

    Send this to a friend