NASIONALJENAYAH / MAHKAMAH Lelaki mati ditembak lepas makan tengah hari

[TONTON] Lelaki mati ditembak lepas makan tengah hari

Mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemui maut selepas ditembak seorang penunggang motosikal dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan Setia 3/2, Taman Setia Indah hari ini 8 Januari 2024.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa dikatakan berada di luar restoran baru selesai makan tengah hari.

Tidak lama kemudian datang seorang lelaki menaiki sebuah motosikal berwarna merah melepaskan beberapa das tembakan sebelum melarikan diri.

Mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

‘Lebih rela tak pegang jawatan daripada duduk semeja dengan DAP’ – Pendirian tegas Onn Hafiz

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami