NASIONALNAHAS & BENCANAMayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas

Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas

“Kereta itu dapat ditarik keluar dari parit sedalam 3.6 meter pada 8.55 pagi, namun mangsa tidak ditemukan walaupun saksi menyatakan terdapat seorang lelaki dalam kenderaan itu.

Selepas lebih lapan jam, lelaki yang hilang apabila kereta dipandunya terbabas dalam parit di Kampung Sungai Tengi, Tanjong Karang awal pagi tadi, ditemukan meninggal dunia oleh anggota bomba kira-kira 3 petang tadi 5 Februari 2025.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.

Beliau berkata pihak bomba dimaklumkan mengenai kemalangan terbabit pada 5.56 pagi.

“Kereta itu dapat ditarik keluar dari parit sedalam 3.6 meter pada 8.55 pagi, namun mangsa tidak ditemukan walaupun saksi menyatakan terdapat seorang lelaki dalam kenderaan itu.

“Pencarian oleh unit PPDA akhirnya menemukan mangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata mayat diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk tindakan lanjut.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Saman seksual: Keputusan permohonan Perdana Menteri 30 September

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami