MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang

Pelumba mempunyai satu hari lagi untuk melakukan persediaan jentera mereka sebelum Ujian Sepang berakhir esok.

Pelumba Itali Franco Morbidelli mencatatkan masa sepusingan terpantas  pada hari kedua yang agak kurang dramatik pada sesi Ujian Rasmi MotoGP Selang 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini hari ini 06/02/2025.

Keadaan ini jauh berbeza dengan sesi pembukaan semalam yang menyaksikan beberapa kemalangan ngeri.

Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat (s) pada pusingan ke-18 pagi ini, lebih pantas daripada catatan masanya dalam kelayakan pada Grand Prix (GP Malaysia) tahun lepas, menjadikannya pelumba terpantas selepas hari kedua Ujian Musim Sejuk.

Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo, yang terpantas semalam dengan masa 1:57.555s, meningkatkan masanya kepada 1:57.324s untuk menduduki tempat kedua di hadapan Alex Marquez dari Gresini Racing (1:57.340s).

Morbidelli, 30, yang merupakan pelumba pertama dari Akademi Pelumba VR46 di bawah bimbingan legenda MotoGP Valentino Rossi, gembira dengan prestasi mantap dan mengaitkannya dengan semangat kekeluargaan dalam pasukannya.

“Ia adalah hari yang hebat…pasukan berhak mendapat persembahan seperti ini. Ia sesuatu yang telah lama kami rindui… kami memerlukan persembahan seperti ini untuk memulakan musim dengan kukuh dan membina dari sini. Kami sangat gembira,” katanya kepada pemberita.

Ditanya sama ada pelumba lebih berhati-hati berikutan beberapa kemalangan pada hari pertama, Morbidelli menyifatkan pemilihan tayar yang lebih baik turut membantu mengurangkan kemalangan.

“Saya tidak melihat sesiapa terbabas di litar hari ini… jumlah kemalangan juga jauh lebih sedikit berbanding semalam. Mungkin ini juga disebabkan oleh pemilihan tayar yang lebih sesuai. Semalam, semua pelumba menggunakan kompaun yang lebih keras, jadi faktor itu juga membantu hari ini,” katanya.

Salah seorang mangsa kemalangan semalam ialah juara dunia dari Aprilia Racing, Jorge Martin, yang terpaksa menarik diri daripada Ujian Musim Sejuk selepas mengalami patah tangan kanan serta beberapa keretakan di kaki kirinya akibat terjatuh di Selekoh 2.

Pelumba pasukan Trackhouse Racing, Raul Fernandez turut menarik diri daripada ujian Sepang selepas mengalami patah tulang metakarpus di tangan kirinya sementara raka sepasukan Ai Ogura dan Pedro Acosta dari Red Bull KTM Factory turut terbabit dalam insiden berasingan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif memberi jaminan keadaan permukaan litar masih kekal dalam keadaan memuaskan, dengan pemeriksaan harian dilakukan sebelum sesi ujian bagi memastikan pematuhan terhadap protokol keselamatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).

Beliau berkata SIC tidak menerima maklum balas negatif daripada pelumba dan pasukan selepas menganjurkan Ujian MotoGP Shakedown selama tiga hari minggu lepas sebelum Ujian Musim Sejuk ini bermula.

“Kami sentiasa memastikan trek diperiksa dan diselenggara dengan baik demi keselamatan pelumba. Penambahbaikan terakhir dilakukan pada 2023, termasuk sebahagian penurapan semula dengan majoriti litar diturap semula pada 2016.

“Beberapa penambahbaikan dan penyelenggaraan penting telah dilakukan tahun lepas untuk meningkatkan keselamatan dan prestasi litar. Antaranya pembaikan Misano Curb di Turn 15 serta penyelenggaraan perangkap kerikil, penghadang Armco, tayar penghadang dan pagar keselamatan,” katanya dalam kenyataan.

Mereka kemudiannya akan menuju ke ujian pramusim terakhir mereka di Litar Antarabangsa Chang di Thailand dari 12-14 Feb, menjelang GP Thailand pembukaan musim dari 28 Feb hingga 2 Mac.

SIC akan menjadi tuan rumah GP Malaysia dari 24-26 Okt ini.

Terkini

Pemilihan CEC DAP berlangsung babitkan 70 calon

Masyarakat pelbagai kaum raikan iftar bersama di ‘Juh Berambeh Sungkei’

Perkhidmatan ETS dari stesen Segamat bermula – Jadual perjalanan

Letupan bom gerila pemisah mengakibatkan 8 Renjer dan seorang awam cedera di Pattani

Ahli politik maut dibaham harimau

Sesi rakam keterangan Ismail Sabri dijangka sambung Isnin

Video thumbnail
Pertunjukan cahaya Masjid Sultan Singapura kembali dan lebih hebat
01:00
Video thumbnail
Lapan rumah di Sekinchan musnah dipukul ribut
01:00
Video thumbnail
Suspek kes bunuh wanita di Tanjung Lumpur dikenal pasti Polis
01:00
Video thumbnail
Helikopter terbakar di Bentong, jurutera warga Indonesia maut
01:00
Video thumbnail
Kebakaran hutan Los Angeles
01:00
Video thumbnail
126 maut, 188 cedera dalam gempa bumi M6 8 di Xizang (Tibet)
01:00
Video thumbnail
Hujan lebat dan banjir kilat melanda Makkah, Madinah and Jeddah
01:00
Video thumbnail
Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi proses rayuan penolakan Titah Adendum
01:00
Video thumbnail
Wabak HMPV di China: Gejala, penularan dan apa yang perlu anda tahu
01:00
Video thumbnail
Percikan bunga api menakjubkan di bangunan Taipei 101 semasa sambutan Tahun Baru
01:00
Video thumbnail
Pertandingan Marhabban anjuran Penyelaras DUN Hulu Bernam, Datuk Mohd Isa Abu Kasim.
00:47
Video thumbnail
Sungai Golok 'Mengepung', penduduk berlumba dengan masa selamatkan harta
01:00
Video thumbnail
Kolam takungan pecah, Taman Seri Alam bagai dilanda tsunami
01:00
Video thumbnail
Taliban isytiharkan perang ke atas Pakistan
01:00
Video thumbnail
Sekurang kurangnya 28 maut, pesawat penumpang Boeing 737 800, Jeju Air 7C2216 melanggar tembok dan t
01:00
Video thumbnail
Tengah berzikir atau ritual memuja di tanah perkuburan
01:00
Video thumbnail
Tom Yum Kung terima pengiktirafan antarabangsa UNESCO
01:48
Video thumbnail
Puluhan maut, pesawat penumpang Embraer 190 Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan
01:00
Video thumbnail
Taufan Chido melanda Mayotte, paling dahsyat dalam 100 tahun
01:00
Video thumbnail
Banjir kilat di Presint 11, kenderaan ditenggelami air
01:00
Video thumbnail
Kapten Penerbangan MAS tunjuk ‘skill’ mendarat secara teknik 'crabbing' dapat perhatian dunia
01:00
Video thumbnail
Banjir: 14 wilayah selatan Di Thailand dalam keadaan berjaga jaga
01:00
Video thumbnail
Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari #Pattani #Yala
01:00
Video thumbnail
Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA
01:54
Video thumbnail
Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC
01:00
Video thumbnail
SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air
01:00
Video thumbnail
16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia
01:00
Video thumbnail
Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga
01:00
Video thumbnail
PGA Pasang Papan Tanda Amaran Tidak Guna Laluan Pangkalan Haram Untuk Ke Golok
01:00
Video thumbnail
CADANGAN MANSUHKAN SUBSIDI MINYAK MASAK PAKET DIBINCANGKAN
01:01
Video thumbnail
Tragedi kepala air: 'Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai'
01:00
Video thumbnail
Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar
05:14
Video thumbnail
Apa masalah Takiyuddin nak faham ni erk?
01:00
Video thumbnail
Kelebihan solat berjemaah di saf yang pertama
00:31
Video thumbnail
Serangan bom berani mati di stesen kereta api di Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 26 orang
01:00
Video thumbnail
Nur Nilam sari
00:34
Video thumbnail
Gunung Lewotobi Laki Laki memuntahkan abu beberapa hari selepas letusan maut
01:00
Video thumbnail
Penganut Hindu India mandi di sungai suci yang dicemari oleh sisa kumbahan dan industri
01:00
Video thumbnail
Gurun Arab Saudi bertukar hamparan putih seakan salji
01:00
Video thumbnail
Mari belajar tatanegara..
00:37
Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

Tag

Berkaitan

Arsenal seri 1-1 dengan Manchester United dalam perlawanan sengit

Faisal Halim dedikasikan hatrik kepada penyokong Selangor

Liverpool Hanya Perlukan Beberapa Kemenangan Lagi untuk Rebut Gelaran Liga Perdana Inggeris

MotoGP: Marquez tawan GP Thailand

MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang

Pelumba mempunyai satu hari lagi untuk melakukan persediaan jentera mereka sebelum Ujian Sepang berakhir esok.

Pelumba Itali Franco Morbidelli mencatatkan masa sepusingan terpantas  pada hari kedua yang agak kurang dramatik pada sesi Ujian Rasmi MotoGP Selang 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini hari ini 06/02/2025.

Keadaan ini jauh berbeza dengan sesi pembukaan semalam yang menyaksikan beberapa kemalangan ngeri.

Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat (s) pada pusingan ke-18 pagi ini, lebih pantas daripada catatan masanya dalam kelayakan pada Grand Prix (GP Malaysia) tahun lepas, menjadikannya pelumba terpantas selepas hari kedua Ujian Musim Sejuk.

Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo, yang terpantas semalam dengan masa 1:57.555s, meningkatkan masanya kepada 1:57.324s untuk menduduki tempat kedua di hadapan Alex Marquez dari Gresini Racing (1:57.340s).

Morbidelli, 30, yang merupakan pelumba pertama dari Akademi Pelumba VR46 di bawah bimbingan legenda MotoGP Valentino Rossi, gembira dengan prestasi mantap dan mengaitkannya dengan semangat kekeluargaan dalam pasukannya.

“Ia adalah hari yang hebat…pasukan berhak mendapat persembahan seperti ini. Ia sesuatu yang telah lama kami rindui… kami memerlukan persembahan seperti ini untuk memulakan musim dengan kukuh dan membina dari sini. Kami sangat gembira,” katanya kepada pemberita.

Ditanya sama ada pelumba lebih berhati-hati berikutan beberapa kemalangan pada hari pertama, Morbidelli menyifatkan pemilihan tayar yang lebih baik turut membantu mengurangkan kemalangan.

“Saya tidak melihat sesiapa terbabas di litar hari ini… jumlah kemalangan juga jauh lebih sedikit berbanding semalam. Mungkin ini juga disebabkan oleh pemilihan tayar yang lebih sesuai. Semalam, semua pelumba menggunakan kompaun yang lebih keras, jadi faktor itu juga membantu hari ini,” katanya.

Salah seorang mangsa kemalangan semalam ialah juara dunia dari Aprilia Racing, Jorge Martin, yang terpaksa menarik diri daripada Ujian Musim Sejuk selepas mengalami patah tangan kanan serta beberapa keretakan di kaki kirinya akibat terjatuh di Selekoh 2.

Pelumba pasukan Trackhouse Racing, Raul Fernandez turut menarik diri daripada ujian Sepang selepas mengalami patah tulang metakarpus di tangan kirinya sementara raka sepasukan Ai Ogura dan Pedro Acosta dari Red Bull KTM Factory turut terbabit dalam insiden berasingan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif memberi jaminan keadaan permukaan litar masih kekal dalam keadaan memuaskan, dengan pemeriksaan harian dilakukan sebelum sesi ujian bagi memastikan pematuhan terhadap protokol keselamatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).

Beliau berkata SIC tidak menerima maklum balas negatif daripada pelumba dan pasukan selepas menganjurkan Ujian MotoGP Shakedown selama tiga hari minggu lepas sebelum Ujian Musim Sejuk ini bermula.

“Kami sentiasa memastikan trek diperiksa dan diselenggara dengan baik demi keselamatan pelumba. Penambahbaikan terakhir dilakukan pada 2023, termasuk sebahagian penurapan semula dengan majoriti litar diturap semula pada 2016.

“Beberapa penambahbaikan dan penyelenggaraan penting telah dilakukan tahun lepas untuk meningkatkan keselamatan dan prestasi litar. Antaranya pembaikan Misano Curb di Turn 15 serta penyelenggaraan perangkap kerikil, penghadang Armco, tayar penghadang dan pagar keselamatan,” katanya dalam kenyataan.

Pelumba mempunyai satu hari lagi untuk melakukan persediaan jentera mereka sebelum Ujian Sepang berakhir esok.

Mereka kemudiannya akan menuju ke ujian pramusim terakhir mereka di Litar Antarabangsa Chang di Thailand dari 12-14 Feb, menjelang GP Thailand pembukaan musim dari 28 Feb hingga 2 Mac.

SIC akan menjadi tuan rumah GP Malaysia dari 24-26 Okt ini.

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Berkaitan

Arsenal seri 1-1 dengan Manchester United dalam perlawanan sengit

Faisal Halim dedikasikan hatrik kepada penyokong Selangor

Liverpool Hanya Perlukan Beberapa Kemenangan Lagi untuk Rebut Gelaran Liga Perdana Inggeris

MotoGP: Marquez tawan GP Thailand

Pemilihan CEC DAP berlangsung babitkan 70 calon

Masyarakat pelbagai kaum raikan iftar bersama di ‘Juh Berambeh Sungkei’

Perkhidmatan ETS dari stesen Segamat bermula – Jadual perjalanan

Letupan bom gerila pemisah mengakibatkan 8 Renjer dan seorang awam cedera di Pattani

Ahli politik maut dibaham harimau

Sesi rakam keterangan Ismail Sabri dijangka sambung Isnin

Pengunjung Bazar Ramadan Kampong Gelam Singapura teruja dengan pelbagai pilihan makanan