BERITALiga Super: Kelantan Darul Naim FC tersungkur dibelasah Penang FC 1-6

Liga Super: Kelantan Darul Naim FC tersungkur dibelasah Penang FC 1-6

Penang FC terus menambah derita KDN FC melalui dua jaringan pada masa kecederaan hasil jaringan Dylan Christopher Charles dan jaringan keempat Rodrigo Da Silva bagi memuktamadkan kemenangan bergaya pelawat dengan keputusan 1-6.

KOTA BHARU – Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) terus merekodkan kekalahan apabila dibelasah Penang FC dengan keputusan 1-6 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Penang FC perlu menunggu sehingga minit ke-29 untuk membuka jaringan hasil ‘bicycle kick’ Rodrigo Da Silva selepas menerima sepakan penjuru daripada rakan sepasukannya.

Jaringan tersebut menaikkan semangat anak Penang FC yang dikendalikan oleh Wan Rohaimin Wan Daud untuk terus menggempur kubu tuan rumah bagi melebarkan jurang jaringan.

KDN bagaimanapun mengejutkan skuad Harimau Kumbang apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-34 hasil rembatan leret Muhammad Shahir Ab. Rashid yang tepat ke penjuru kanan gawang pelawat.

Pemain kelahiran Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat memastikan Penang FC kembali mendahului apabila rembatannya menuju tepat ke dalam gawang tuan rumah pada minit ke-42 sebelum kedua-dua pasukan kembali ke bilik persalinan dengan kedudukan 1-2.

Bermula babak kedua, Penang FC tampil lebih berkeyakinan dan menguasai sebahagian besar perlawanan.

Pasukan tuan rumah yang dikendalikan Penolong Ketua Jurulatih, Kamaruddin Muhammad terus menunjukkan semangat enggan mengalah dan terus berusaha mencari gol penyamaan bagi kembali mengimbangi perlawanan.

Skuad Harimau Kumbang akhirnya berjaya menjarakkan jurang jaringan hasil rembatan Rodrigo Da Silva yang menewaskan Mohammad Fikri Che Soh pada minit ke-67 untuk gol ketiga pelawat, sekali gus menambah koleksi jaringan peribadinya.

Penang FC dihadiahkan sepakan penalti pasa minit ke-82 selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati berlaku kekasaran dalam kawasan kotak penalti tuan rumah.

Peluang keemasan itu tidak disia-siakan oleh Rodrigo Da Silva apabila dengan mudah menewaskan Mohammad Fikri bagi gol keempat pelawat sekali gus melengkapkan jaringan hatriknya.

Penang FC terus menambah derita KDN FC melalui dua jaringan pada masa kecederaan hasil jaringan Dylan Christopher Charles dan jaringan keempat Rodrigo Da Silva bagi memuktamadkan kemenangan bergaya pelawat dengan keputusan 1-6.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami