BERITAArab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza

Anggaran terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan bahawa pembinaan semula Gaza boleh menelan belanja kira-kira US$53 bilion, dengan US$20 bilion diperlukan dalam tempoh tiga tahun pertama sahaja.

Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk dijangka menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Sidang kemuncak tersebut akan menumpukan kepada cadangan Mesir untuk membangunkan semula wilayah yang musnah itu di bawah “pengawasan sepenuhnya” negara-negara Arab.

Ketegangan semakin meningkat susulan cadangan kontroversi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk memindahkan secara tetap dua juta penduduk Gaza ke negara-negara Arab yang berjiran.

Cadangan itu ditolak keras oleh Mesir, Jordan dan kuasa serantau lain yang menganggapnya sebagai satu pencabulan terhadap kedaulatan Palestin.

Sebagai tindak balas, Mesir meneruskan rancangannya untuk membangunkan semula Gaza bagi menghalang AS dan Israel daripada melaksanakan agenda pemindahan tersebut.

Banyak persoalan masih belum terjawab mengenai masa depan Gaza, terutamanya berhubung pihak yang sepatutnya mengawal kawasan itu dan bertanggungjawab ke atas keselamatannya.

Israel menolak kedua-dua kemungkinan sama ada Gaza terus ditadbir oleh pertubuhan Palestin Hamas atau dikawal oleh Pihak Berkuasa Palestin.

Anggaran terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan bahawa pembinaan semula Gaza boleh menelan belanja kira-kira US$53 bilion, dengan US$20 bilion diperlukan dalam tempoh tiga tahun pertama sahaja.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Arab Saudi mengalihkan eksport minyak ke Malaysia melalui Laut Merah

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami