MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

PRK Dun Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN – Saifuddin

SPR akan mengadakan mesyuarat khas urusan PRK DUN Ayer Kuning pada Jumaat, 7 Mac 2025.

Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti, kata Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di sini hari ini, Saifuddin Nasution berkata langkah itu bagi memastikan BN mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang Allahyarham Ishsam Shahruddin.

“Keputusan untuk menjadi pendukung dibuat berdasarkan prinsip penyandang, dan ini adalah persetujuan yang dicapai dalam kerangka Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata PH Perak akan memulakan gerak kerja setelah mendapat arahan daripada Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan persiapan mengatur gerak kerja mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Kita akan aktifkan jentera kita di peringkat pusat dan di peringkat negeri, kemudian kami akan tentukan keperluan logistik sebelum mengagihkan tugas, dengan matlamat akhirnya adalah mempertahankan kemenangan kerusi ini buat BN,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata dalam hal ini tidak timbul persoalan berhubung dakwaan PH akan meletakkan calon untuk kerusi berkenaan.

Pada 1 Mac lepas, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata enam calon daripada peringkat kepimpinan UMNO Bahagian Tapah telah disenaraikan untuk pertimbangan Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi PRK DUN Ayer Kuning nanti.

Ishsam, 59, meninggal dunia disebabkan serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang pada 22 Feb lepas.

Allahyarham yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah memenangi DUN berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Nov 2022 dengan memperoleh 2,213 majoriti undi dalam persaingan lima penjuru.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak, akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, pada 22 Februari 2024. Berikut ialah beberapa maklumat penting mengenai PRK ini:

  • Penyebab PRK:
    • PRK ini diadakan berikutan kematian Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung selepas menyertai perlawanan bola sepak.
  • Tarikh Penting:
    • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 7 Mac 2024 untuk membincangkan dan menetapkan tarikh PRK.
    • Kerusi DUN Ayer Kuning perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan tersebut.
  • Parti yang Bertanding:
    • Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan bertanding dalam PRK ini.
    • PN akan mempertaruhkan calon daripada PAS.
    • Parti Sosialis Malaysia(PSM) sedang mempertimbangkan keputusan untuk meletakan calon didalam PRK tersebut.
    • Enam nama di peringkat kepimpinan UMNO Bahagian Tapah yang telah diangkat untuk dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) masih dalam senarai untuk dimuktamadkan.  
  • Kawasan Pilihan Raya:
    • DUN Ayer Kuning terletak di dalam kawasan Parlimen Tapah, Perak.
  • Keputusan PRU-15:
    • Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, Ishsam Shahruddin daripada BN memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 undi dalam pertandingan lima penjuru.
  • Persiapan Parti:
    • Armada PN telah menubuhkan pasukan khas bagi memastikan kemenangan calon PAS.
    • BN sedang dalam proses memuktamadkan senarai calon.

PRK DUN Ayer Kuning ini akan menjadi tumpuan penting dalam landskap politik Perak, dan ia akan memberi peluang kepada parti-parti politik untuk menguji sokongan rakyat.

Berkaitan

Peremajaan parti bukan mengenai umur semata – Mohamad

亚亦君令补选︱国阵候选人尤斯里 拥博士学位 妻有华人血统

[VIDEO] BN Namakan Setiausaha UMNO Bahagian Sebagai Calon di PRK Ayer Kuning

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi

Terkini

Masyarakat Islam Yala ziarah kubur waris sempena tradisi Raya Nae (Enam)

两次性侵未成年少女 男子坐牢10年鞭2下

Nahas di Hulu Selangor, pemandu lori pula meninggal dunia

Kematian Zayn Rayyan ‘mencurigakan’ – Pakar Forensik

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek – Ahmad Zahid

Legenda Bandar Ayer Itam: Dua Batu Ini Mempunyai Jantina!

3 kenderaan bertembung, 1 maut, 1 parah berhampiran Lembah Beringin

Harga emas jatuh di bawah US$3,000