PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Lelaki sebabkan kematian Syed Muhammad Danial kekal dipenjara 16 tahun

    Pada 22 Ogos 2019, Yew didakwa membunuh Syed Muhammad Danial, 29, di Kilometer 293.6 di Lebuhraya Utara-Selatan (Kuala Lumpur-Seremban) di sini antara 1 tengah hari dan 2 petang 10 Ogos 2019 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.

    Mahkamah Rayuan di sini, hari ini mengekalkan hukuman penjara 16 tahun terhadap seorang bekas pekerja teknologi maklumat kerana menyebabkan kematian pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Shakir.

    Panel tiga hakim diketuai Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dalam keputusan sebulat suara menolak rayuan Yew Wei Liang, 47, terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 Dis 2023.

    Hakim itu berkata mahkamah memandang berat kejadian yang berlaku supaya dapat memberi mesej kepada masyarakat agar tidak mengambil undang-undang di tangan sendiri dengan bertindak sesuka hati.

    “Kami mendapati sabitan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi adalah selamat dan hukuman yang dijatuhkan oleh hakim itu tidak berlebihan. Oleh itu, hukuman berkenaan dikekalkan,” kata Hakim Che Mohd Ruzima yang bersidang bersama Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

    Sementara itu, Hakim Che Mohd Ruzima turut menolak rayuan silang pendakwaan bagi mengembalikan semula Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap Yew atas dakwaan membunuh selepas mendapati rayuan berkenaan tidak bermerit.

    Pada 2023, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun terhadap Yew bermula dari tarikh tangkap pada 10 Ogos 2019 selepas mendapati lelaki itu bersalah menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial.

    Hakim Julia Ibrahim membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

    Dalam rayuan silang, Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh atas kesalahan menyebabkan kematian.

    “Tertuduh telah menyatakan bahawa kejadian itu berlaku dengan cepat dan pendakwaan berhujah walaupun tempoh itu singkat, ia tidak menghalang mahkamah membuat inferens terdapat satu niat untuk mencederakan dan menyebabkan kematian mengikut Seksyen 300 Kanun Keseksaan,” katanya.

    Beliau berhujah tertuduh dalam keterangan membela diri menyatakan dia nampak si mati (Syed Muhammad Danial) yang memegang kayu besbol meluru ke kereta dipandunya menyebabkan tertuduh menukar gear daripada ‘reverse’ ke ‘drive’ sebelum melanggar si mati.

    “Tertuduh menyatakan dia rasa nyawa terancam dan ingin melindungi diri sendiri dan isterinya yang ketika itu mengandung yang berada dalam kenderaan itu,” katanya.

    Beliau berkata, berdasarkan rakaman video saksi pendakwaan ke-19 iaitu isteri tertuduh di tempat kejadian, menunjukkan tertuduh bukan dalam keadaan untuk melindungi diri dan harta (kereta) tetapi dia dalam keadaan marah dan ‘to teach the deceased a lesson’ dan hukuman penjara 16 tahun adalah hukuman yang wajar dan tidak berlebihan.

    Sementara itu, peguam Datuk N Sivananthan yang mewakili Yew berkata, kejadian berlaku sangat pantas dan anak guamnya tidak berniat untuk melakukan perbuatan berkenaan.

    “Dia ‘blank’ (kosong) ketika itu dan kejadian ‘move car’ adalah untuk mempertahankan diri daripada dipukul si mati menggunakan kayu besbol,” kata peguam itu yang turut memohon supaya mahkamah mengenakan penjara antara tujuh hingga lapan tahun.

    Kes kematian Syed Muhammad Danial Syed Shakir melibatkan beberapa peringkat prosiding undang-undang, bermula daripada kejadian asal di lebuh raya sehingga keputusan akhir di Mahkamah Rayuan. Berikut ialah kronologi utama kes tersebut:

    • 10 Ogos 2019:
      • Kejadian berlaku di Kilometer 293.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Kuala Lumpur-Seremban) antara 1 tengah hari dan 2 petang.
      • Syed Muhammad Danial, seorang pengurus bank, meninggal dunia akibat insiden yang melibatkan Yew Wei Liang.
    • 22 Ogos 2019:
      • Yew Wei Liang didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Syed Muhammad Danial mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
    • 27 Oktober 2021:
      • Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam, dengan 20 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan.
    • 7 Disember 2023:
      • Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun kepada Yew Wei Liang kerana menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial.
      • Hakim memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan pada 10 Ogos 2019.
    • Mac 2025:
      • Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 16 tahun terhadap Yew Wei Liang.
      • Panel tiga hakim menolak rayuan tertuduh terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.
      • Mahkamah Rayuan juga menolak rayuan balas pihak pendakwaan untuk mengembalikan semula Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap Yew Wei Liang.

    Kes ini melibatkan pertuduhan awal membunuh, tetapi akhirnya tertuduh didapati bersalah menyebabkan kematian. Prosiding undang-undang melalui beberapa peringkat mahkamah, dengan keputusan akhir dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.

    Berkaitan

    Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

    Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

    Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

    Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

    Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

    Terkini

    EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

    Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

    Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

    Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

    Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

    [VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

    Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

    Berkaitan

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    # Tag

    Berkaitan

    Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

    Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

    Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

    Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    Terkini

    EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

    Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

    Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

    Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

    Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

    [VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

    Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

    Penerima STR Fasa 2 dapat RM650 mulai Isnin 24 Mac

    Pembunuh bertopeng tembak mati penternak lembu di Pattani

    Sheryy Alhadad terkejut digelar ikon Ramadan

    Â