Ahli keluarga mangsa amukan buaya Sungai Udin redha - pakdin.my

DISAMBAR BUAYA … Azwan menunjukkan lokasi di mana ayahnya disambar buaya, Rabu lalu.

TAWAU: Ahli keluarga mangsa amukan buaya di Sungai Udin redha dengan nasib yang menimpa Jailani Inderasaya, 54, namun masih menaruh harapan agar lelaki yang tinggal di Kg Jagung Merotai Besar itu dapat ditemui semula.

Menurut anak sulung mangsa, Abdul Malik Jailani, 22, ahli keluarganya telah berusaha melakukan pelbagai cara atas bantuan penduduk kampung termasuk melakukan solat hajat beramai-ramai.

“Kami tetap tidak berputus asa untuk menemui ayah dalam apa keadaan sekalipun,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin sambil memberikan penghargaan kepada semua pihak yang tampil menghulurkan bantuan dan sokongan terhadap mereka.

Ketua Balai Bomba Tawau, Rudy Fredzek pula menjelaskan bahawa operasi mengesan keberadaan mangsa yang memasuki hari ketujuh masih lagi diteruskan dari jam 7 pagi hingga 6 petang di sekitar lokasi asal Jailani dilaporkan hilang.

Utusan Borneo difahamkan ketika ini pihak Jabatan Perhilitan telahpun memasang perangkap buaya di lokasi terbabit dan sebuah lagi perangkap dijangka akan tiba pada Jumaat ini dari Sandakan.

Sementara pasukan mengesan keberadaan mangsa kini disertai oleh pihak Bomba dan Penyelamat, Pasukan Bomba Sukerala Felda Umas dan Merotai, Pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perhilitan dan penduduk kampung.

Terdahulu, Jailani dilaporkan hilang oleh anak ketiganya selepas disambar oleh seekor buaya berukuran kira-kira 15 kaki semasa menjala udang pada Rabu lepas di Sungai Udin dan sehingga kini masih gagal ditemui semula.

UTAMABERITAAhli keluarga mangsa amukan buaya Sungai Udin redha

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium