Pasangan Beregu Utama Negara Jadi Pengapit Chong Wei - pakdin.my

Datuk Lee Chong Wei menunjukkan kasut yang bernilai RM7,000 yang akan dipakai oleh pasangannya Wong Mew Choo

Pasangan beregu utama negara Koo Kean Keat dan Tan Boon Heong antara enam pengapit yang dipilih Datuk Chong Wei pada majlis perkahwinannya, kata pemain badminton nombor satu dunia.

Selain Koo dan Tan, Chong Wei berkata pengapit lain terdiri daripada rakan-rakan baiknya.

“Terdapat enam pengapit pengantin lelaki dan enam pengapit pengantin perempuan. Saya pilih enam sebab ia adalah nombor bertuah saya,” katanya pada sidang media di DL Fashion, butik pengantin di sini Jumaat. Tunang beliau, bekas pemain perseorangan badminton wanita negara, Wong Mew Choo turut hadir.

Chong Wei juga mengesahkan pemain China yang merupakan pesaing utamanya Lin Dan tidak dapat hadir pada majlis itu.

“Beliau menyampaikan pesanan meminta maaf tidak dapat hadir. Beliau akan menyertai Kejohanan Terbuka China mempertahankan kejuaraannya,” kata pemenang pingat perak Olimpik itu.

UTAMABERITAPasangan Beregu Utama Negara Jadi Pengapit Chong Wei

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium