BN Adalah “Winnable” Parti Di Sabah – Salleh Said Keruak - pakdin.my

 Barisan Nasional (BN) adalah parti yang “winnable” atau boleh menang di Sabah, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, berkata beliau yakin sesiapa yang diketengahkan pucuk pimpinan BN sebagai calon, akan memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya percaya dengan adanya kerjasama padu di kalangan parti komponen, BN Sabah akan meraih kemenangan yang selesa pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Kita kena ingat dalam pilihan raya yang ke-12 kita hanya kalah satu kerusi parlimen dan satu kerusi Dun (dewan undangan negeri)..jadi ‘benchmark’ kita tinggi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku bertajuk ‘Alien Menchari Chinta’ di kampus induk Universiti Malaysia Sabah, Likas, dekat sini Rabu.

Beliau juga yakin BN akan menang dengan majoriti dua pertiga dan Sabah sebagai ‘fixed deposit’ akan menjadi penyumbang besar.

UTAMABERITABN Adalah "Winnable" Parti Di Sabah - Salleh Said Keruak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium